Isu pecah amanah, Nur Fazura buat laporan polis

KUALA LUMPUR – Pelakon juga usahawan popular, Nur Fazura Sharifuddin mengesahkan membuat satu laporan polis baru-baru ini berkaitan isu pecah amanah.

Fazura yang juga seorang usahawan tudung popular itu berkata,  dia belum bersedia mendedahkan butiran lanjut memandangkan masih perlu menunggu waktu yang tepat untuk berbuat demikian.

“Ya, saya memang ada memuat naik gambar ketika berada di balai polis menerusi laman sosial baru-baru ini.

“Setakat ini yang dapat saya katakan adalah laporan berkenaan membabitkan isu besar iaitu pecah amanah.

“Tetapi saya tidak boleh berkongsi butiran lanjut. Saya pasti akan memperincikan butiran kepada umum apabila tiba masanya nanti.

“Rasanya tidak perlu juga untuk saya berkongsi tarikh serta tempat laporan berkenaan dibuat,” katanya kepada Kosmo! Online.

Nur Fazura berkata demikian ditemui selepas sidang media Konsert Faztival Fazura 2022 yang berlangsung di Hotel Mandarin Oriental, baru-baru ini.

Terdahulu, minggu lalu selebriti berusia 39 tahun itu mencetuskan tanda tanya dikalangan pengikutnya selepas memuat naik sekeping foto di balai polis.

Menerusi hantaran di aplikasi Instagram Story miliknya, isteri Fattah Amin itu menzahirkan rasa terima kasih atas kerjasama terbaik yang diberikan pihak berwajib.

Begitupun, bintang J Revolusi itu tidak menjelaskan secara terperinci mengenai laporan yang dibuat.

Sementara itu, mengenai Konsert Faztival Fazura 2022 yang bakal berlangsung di Axiata Arena pada 11 September depan, katanya konsert membabitkan penyanyi tempatan dan Indonesia yang dikagumi itu diharap dapat dijadikan acara tahunan.

Konsert tersebut dibarisi penyanyi popular tempatan dan Indonesia seperti Datuk M. Nasir, Datuk Awie, Ella, Ruffedge, Zizi Kirana, Ippo Hafiz dan Amir Masdi.

Penghibur tersohor dari seberang iaitu Ahmad Dhani juga akan bersama Ahmad Band selain isterinya, Mulan Jameela menghangatkan pentas.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rider Tersangkut Semasa Tunjuk ‘Kung-Fu’ Di Hadapan Orang Ramai (Video)

Resepi Roti Boy Aroma Kopi Lemak Manis

Kereta F1 Ferrari dikesan diatas jalan raya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker