SpiderMan umum undur diri dari media sosial akibat tekanan mental

BINTANG SpiderMan, Tom Holland mengambil keputusan berundur dari media sosial, dengan menyifatkan ia “memudaratkan” kesihatan mentalnya.

Pelakon berusia 26 tahun itu membuat pengumuman tersebut dalam video pendek yang dimuat naik ke Instagram, Ahad lalu.

Sebelum kemas kini terbaharu itu, kali terakhir Holland mengemas kini Instagram ialah enam minggu lalu adalah untuk mempromosikan organisasi amalnya, The Brothers Trust.

Dalam klip tiga minit itu, Holland memaklumkan dia telah memadamkan Instagram dan Twitter daripada telefon pintarnya.

“Saya mahu berehat dari media sosial demi kesihatan mental kerana saya mendapati Instagram dan Twitter mencelarukan minda.

“Saya terperangkap dan terkeliru apabila saya membaca perkara tentang diri saya dalam talian dan akhirnya ia memudaratkan keadaan mental saya.
“Kerana itu saya memutuskan untuk berundur dan memadamkan aplikasi-aplikasi itu,” katanya.

Holland seterusnya bercerita tentang kerja amal yang dilakukan Stem4, sebuah badan amal kesihatan mental remaja yang berpangkalan di United Kingdom, yang menerima sokongan dan kerjasama The Brothers Trust.

“Terdapat stigma buruk terhadap kesihatan mental dan walaupun saya tahu mendapatkan bantuan bukanlah sesuatu yang memalukan, tetapi ia lebih mudah diucapkan daripada dilakukan,” tambahnya.
Holland mengakhiri video itu dengan ucapan terima kasih kepada peminatnya atas kasih sayang dan sokongan mereka.

“Saya sayang anda semua dan kita akan bertemu lagi.”

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rider Tersangkut Semasa Tunjuk ‘Kung-Fu’ Di Hadapan Orang Ramai (Video)

Resepi Roti Boy Aroma Kopi Lemak Manis

Kereta F1 Ferrari dikesan diatas jalan raya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker