Kenapa tak desak siasat projek lebuh raya lewat P Pinang, Najib soal DAP

Kenapa tak desak siasat projek lebuh raya lewat P Pinang, Najib soal DAP

Najib Razak mempersoalkan mengapa DAP tidak menuntut siasatan berhubung kelewatan penyiapan lebuh raya berkembar di Pulau Pinang.

Najib berkata, Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus di Paya Terubong – yang disebut sebagai lebuh raya berkembar tertinggi di negara ini – dijadualkan siap pada 2017, kira-kira empat tahun selepas projek itu diumumkan.

Bagaimanapun, hanya sebahagian jalan itu dibuka awal tahun ini, manakala projek itu dijangka siap pada 2025, bermakna ia tertangguh selama lapan tahun.

“Peliknya sekali bahawa DAP tak mahu pula buat siasatan PAC terhadap kelewatan 5 tahun, 7 tahun, 8 tahun dan 9 tahun projek-projek mereka pula,” katanya di Facebook.

Ahli Parlimen Pekan itu terus membandingkan projek lebuh raya dengan kritikan DAP berhubung kapal tempur pantai (LCS).

Najib berkata, walaupun penghantaran LCS lewat namun kini ia tidak dibekukan seperti dilakukan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

“Tetapi sebab projek terhenti masa kerajaan PH memerintah sehingga ia disambung semula oleh kerajaan baharu pada Mei 2022 ini, kelewatan projek LCS menjadi sangat parah.

“Lalu PH tanya mana kapal,” kata Najib.

Sebahagian Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus dibuka kepada lalu lintas pada Januari lalu.

Laluan sejauh 5.5km merupakan jalan alternatif kepada penduduk di kawasan Paya Terubong dan Air Itam untuk berhubung dengan kawasan Bukit Jambul, Bukit Gambir, Balik Pulau dan kawasan sekitarnya.

Projek itu pernah menimbulkan kontroversi apabila sebahagian struktur dalam pembinaan runtuh dan mengorbankan sembilan mangsa selain tiga cedera dalam kejadian pada Oktober 2018.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang membina sepanjang 3.3km, manakala baki 1.4km dan 800m sedang dibina oleh pemaju PLB Land Sdn Bhd dan Geo Valley Sdn Bhd. FMT

Kenapa tak desak siasat projek lebuh raya lewat P Pinang, Najib soal DAP


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sifu Pemasaran Koyak Selepas Ditanya Soal Kejayaan Bisnes Terdahulu ( Video)

Mat Sabu, Chin Tong dulu rasmi projek yang digantungkah? – Najib

Aiskrim Haagen-Dazs ditarik balik KKM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker