Gadis putus cinta rempuh pagar rumah keluarga bekas kekasih

Gadis putus cinta rempuh pagar rumah keluarga bekas kekasih

JOHOR BAHRU – Seorang gadis yang baru putus cinta bertindak merempuh pintu pagar kediaman keluarga bekas teman lelakinya dalam satu kejadian di Taman Perling pada jam 5 pagi Ahad.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Fariz Ammar Abdullah berkata suspek berusia 20 tahun itu ditahan polis pada jam 6.30 pagi di Plaza Tol Lima Kedai pada hari yang sama.

“Sebelum kejadian, kakak kepada bekas teman lelaki suspek telah menerima satu mesej ugutan daripada suspek yang mahu membakar kedai perniagaan motosikal milik keluarga mereka.

“Suspek turut mengirimkan satu video yang memaparkan seseorang sedang mencurah minyak petrol di hadapan kedai berkenaan.

“Akibat bimbang dengan ugutan terbabit menyebabkan pengadu membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurut Fariz Ammar, bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis ke kediaman pengadu sebelum mendapati sebuah kenderaan jenis Toyota Corolla Altis telah merempuh pintu pagar kediaman pengadu.

Katanya, anggota polis berkenaan terus mengekori kenderaan suspek sebelum menahannya di Plaza Tol Lima Kedai, Gelang Patah.

“Saringan ujian air kencing yang dilakukan mendapati suspek berada di bawah pengaruh dadah terlarang jenis ‘benzo’, manakala semakan mendapati suspek tiada rekod jenayah lampau.

“Perbuatan suspek merempuh pagar kediaman rumah pengadu telah dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

“Akibat perbuatan itu pintu pagar tercabut dan menghempap belakang kenderaan milik bapa pengadu menyebabkan kerugian kira-kira RM15,000,” katanya.

Sehubungan itu katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Tambah Fariz Ammar, berdasarkan siasatan awal yang dijalankan, suspek dipercayai telah putus cinta dengan teman lelakinya pada bulan lalu. Sinar

Gadis putus cinta rempuh pagar rumah keluarga bekas kekasih


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kapal Layar Mewah Milik Siapa Bernilai RM200 Juta? [VIDEO]

Tembelang Pengkid ‘Mohd Syahid’ Pecah

Ahli Parlimen Bersatu sedar tiada peluang untuk menang

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker