PRU15: BN mahu bergerak secara underdog

 

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) mahu bergerak secara underdog (bukan pilihan) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini kerana landasan yang diletakkan pada pilihan raya umum itu nanti adalah berdasarkan pada prestasi PRU14.

Justeru, katanya, BN perlu mengusahakan lebih daripada apa yang komponen itu peroleh pada pilihan raya umum lalu.

“Kita (tetap) usahakan ke arah untuk dominan walaupun merupakan parti underdog yang diserang dari pelbagai sudut,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan penutupan Konvensyen Wanita di Pusat Dagangan Dunia, di sini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, beliau menjangkakan PRU15 diadakan pada tahun ini.

Katanya, ini kerana banyak indikator yang mempengaruhi perkara itu.

“Dan saya rasakan kesiapsagaan semua jentera BN di seluruh peringkat sudah dimulakan.

“Kita juga merasakan bahawa tahun depan tidak berapa sesuai diadakan (PRU15) oleh kerana faktor ekonomi dan kadar inflasi yang akan bertambah dan saya fikir tahun ini adalah paling sesuai untuk kita adakan,” katanya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sifu Pemasaran Koyak Selepas Ditanya Soal Kejayaan Bisnes Terdahulu ( Video)

Mat Sabu, Chin Tong dulu rasmi projek yang digantungkah? – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker