PRU15: Parlimen Dibubar Selepas Wanita BN Lengkapkan Kajian Sikap – Ismail Sabri

PRU15: Parlimen Dibubar Selepas Wanita BN Lengkapkan Kajian Sikap – Ismail Sabri

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekali lagi memberi jaminan akan membubarkan Parlimen selepas memperoleh hasil kajian sikap yang dijalankan oleh Wanita Barisan Nasional (BN).

Perdana Menteri berkata, kajian tersebut penting bagi mengetahui kekuatan parti gabungan tersebut khususnya melibatkan pengundi putih, sebelum mereka memasuki ‘medan perang’.

Naib Presiden UMNO itu menambah, perbincangan akan dilakukan oleh pemimpin tertinggi parti atau ‘Top 5’ UMNO sebaik sahaja kajian sikap tersebut dilengkapkan.

“Untuk mengetahui sejauh mana kemampuan kita untuk menang atau kalah adalah berdasarkan kajian sikap yang dibuat oleh Wanita.

“Wanita UMNO telah pun melakukan setiap kali pilihan raya, dan kali ini saya minta supaya Wanita komponen juga, bersama-sama Wanita UMNO untuk buat kajian sikap.

“Sebab kita tahu setiap kawasan pilihan raya terutamanya di pantai barat, Pahang dan sebagainya merupakan pengundi campur (pelbagai kaum).

“Mungkin di Kelantan dan sebagainya hampir 100 peratus pengundi adalah Melayu tetapi kalau di negeri lain pengundi bercampur. Kalau setakat mendapat kajian sikap UMNO semata-mata, mungkin tidak mencukupi,” katanya dalam sidang akhbar di selepas berucap pada Konvensyen dan Pelancaran Jentera Wanita BN di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Ahad.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Bera itu berkata, penting untuk mendapatkan data sebenar mengenai pengundi daripada pelbagai kaum dan ia tidak hanya melibatkan kajian sikap daripada penyokong BN sahaja.

Jelas Ismail Sabri, dianggarkan 30 peratus daripada jumlah pengundi merupakan penyokong BN.

“Bermakna perlu juga untuk kita mendapatkan sokongan daripada pengundi yang bukan penyokong (BN).

“Jadi kita perlu dapatkan kajian melibatkan pengundi-pengundi lain juga, baru kita boleh tahu secara menyeluruh kita boleh menang atau tidak. Setelah mendapat kajin tersebut saya yakin untuk membubarkan Parlimen untuk pilihan raya,” ujarnya. AA

PRU15: Parlimen Dibubar Selepas Wanita BN Lengkapkan Kajian Sikap – Ismail Sabri

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sifu Pemasaran Koyak Selepas Ditanya Soal Kejayaan Bisnes Terdahulu ( Video)

Mat Sabu, Chin Tong dulu rasmi projek yang digantungkah? – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker