Ahli Parlimen Bersatu sedar tiada peluang untuk menang
Ahli Parlimen Bersatu sedar tiada peluang untuk menang
OMBAK besar terus membadai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Terkini khabarnya enam ahli Parlimen parti yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin itu dilaporkan tidak mahu mempertahankan kerusi masing-masing.
Beberapa media melaporkan individu terbabit adalah Datuk Muslimin Yahaya (Sungai Besar), Datuk Shabudin Yahaya (Tasek Gelugor), Datuk Abdul Rahim Bakri (Kudat), Datuk Fasiah Fakeh (Sabak Bernam), Datuk Seri Azizah Dun (Beaufort) dan Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang).
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin bagaimanapun hanya menjawab ‘tidak tahu’ apabila diajukan mengenai isu tersebut oleh media.
Bulan lalu khabar angin bertiup kencang kononnya Ketua Sayap Bersekutu iaitu cabang keahlian bukan bumiputera Bersatu, Datuk Seri Dr. Santhara Kumar mahu meninggalkan parti tersebut. Ahli Parlimen Segamat itu menyertai Bersatu selepas keluar PKR bersama-sama sembilan pemimpin lain pada Februari 2020.
Walaupun beliau akhirnya tidak keluar Bersatu seperti yang diuar-uarkan, Santhara bagaimanapun bertindak melepaskan jawatan sebagai Ketua Sayap Bersekutu dan tempatnya digantikan oleh Dr. Chong Fat Full.
Tidak dapat dinafikan Bersatu semenangnya dipenuhi dengan pemimpin daripada parti lain terutama daripada UMNO. Seramai 16 Ahli Parlimen UMNO menyertai Bersatu selepas Barisan Nasional (BN) tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan seramai 10 Ahli Parlimen PKR yang bertindak keluar parti pada Februari 2020 menyertai parti tersebut.
Bagaimana seorang daripada mereka iaitu Datuk Zuraida Kamaruddin bertindak keluar untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia dan kini menjadi Presiden bersekutu parti tersebut dan kini sedang memohon untuk menjadi komponen Barisan Nasional.
Bersatu juga menerima tamparan hebat apabila Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz yang dilihat mesra kepada parti itu memilih untuk menyertai Barisan Nasional.
Bersatu tidak menjadi pilihan Penganalisa politik Dr. Jamaie Hamil berkata, ahli Parlimen daripada Bersatu terutama yang melompat parti memilih untuk tidak bertanding kerana sedar parti itu tidak ada peluang untuk menang pada PRU15.
“Saya melihat dari segi teori pilihan raya di Malaysia. Dalam teori pilihan raya di negara ini, merupakan satu perkara yang biasa berlaku kepada BN.
Kalau satu musim pilihan raya mereka tumbang pilihan raya akan datang mereka menang balik dan kemenangan semula itu biasanya besar.
“Mungkin mereka ini mendapat nasihat daripada orang-orang yang faham tentang teori politik pilihan raya ini, jadi mereka mengambil sikap tidak bertanding dalam pilihan raya akan datang sebab mereka tidak nampak peluang untuk menang dalam PRU-15 ini,” katanya.
Pensyarah Kanan Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia itu berkata, realitinya pada masa kini kemenangan adalah berpihak kepada UMNO dan BN pada PRU15.
Perkara itu disedari oleh Tengku Zafrul dan Zuraida yang memilih untuk tidak bersama dengan Bersatu. “Kita melihat (pilihan raya) di Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor BN memang dengan besar sekali.
Jadi Zafrul pilih UMNO adalah satu jalan yang sangat tepat. “Begitu juga kalau kita lihat nama seperti Zuraida dari PKR melompat ke Bersatu. Dia sudah tidak ada tempat dalam PKR untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang. “Kalau dia nak bertanding atas tiket Bersatu dia mungkin akan kalah. Atas tiket bebas pun akan kalah. Atas tiket parti baru yang dia sertai itu juga akan kalah. Kecuali Zuraida itu ditawarkan kerusi UMNO. Dia boleh menang,” kata Jamaie.
Sementara Pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mujibu Abd Muis pula berpandangan wakil rakyat Bersatu terutama mereka yang melompat dari parti lain tidak mahu bertanding disebabkan kerana tidak yakin boleh menang semua kerusi tersebut.
“Mereka ini heavyweight dalam kawasan masing-masing. Rasanya kalau mereka bertanding nama mereka kuat. Ada sesuatu tidak kena apabila mereka kata tidak mahu pertahankan. “Kita menilai adakah mereka betul-betul mahu bersara ataupun tak nak pertahankan (kerusi) itu kerana tidak boleh lagi jual nama Bersatu sebab dulu bertanding guna tiket BN,” katanya.
Mujibu tidak menolak kemungkinan ahli Parlimen terbabit yang tidak mahu bertanding atas nama Bersatu akan bertanding atas tiket parti lain.
Bersatu tiada akar umbi Kelemahan Bersatu bukanlah kerana tidak mempunyai kepimpinan yang bagus.
Terdapat banyak nama-nama besar dalam parti itu. Namun paling ketara adalah kerana parti itu tidak mempunyai ahli akar umbi.
Menurut Jamaie, pemimpin Bersatu menang pada PRU14 kerana sokongan yang diberikan oleh ahli akar umbi Pakatan Harapan dari PKR dan DAP.
“Dalam PRU14 mereka bergantung kepada PKR dan DAP. Sekarang dalam PRU15 mereka akan nampak arah di mana Bersatu itu akan berada.
Bersatu akan berada dalam gaung. Mereka akan kalah dalam PRU ini walau di mana mereka bertanding.
“Kita melihat bahawa dengan adanya akar umbi yang kuat dalam PKR dan DAP itulah yang menjadi kekuatan Bersatu dahulu.
Tun Dr. Mahathir Mohamad, Maslee Malik dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman keluar Bersatu kerana mereka tahu bahawa dulu menang disebabkan kekuatan akar umbi PKR dan DAP,” katanya.
Jamaie yakin, selepas Dewan Rakyat dibubarkan akan ada ahli Parlimen yang melompat masuk ke dalam Bersatu dahulunya akan kembali menyokong parti asal mereka iaitu UMNO. “Bersatu itu tidak ada kekuatan.
Jadi saya tidak nampak sebagai seorang yang berkecimpung selama 30 tahun dalam sains politik dalam pilihan raya ini Bersatu ada peluang. Saya tidak nampak itu. “Mungkin akan menang satu dua kerusi tetapi kalau nak menang 36 kerusi seperti sekarang nak tunggu bulan dan bintang tak ada lagilah dalam dunia.
Maksudnya peluang nak menang tidak ada. “Kemungkinan selepas sahaja diumumkan Parlimen dibubarkan nama-nama besar dalam Bersatu itu akan masuk balik dalam UMNO,” katanya. MG
Ahli Parlimen Bersatu sedar tiada peluang untuk menang
Baca Artikel Menarik:
- Benda ‘simple’ pun tak faham, Najib tempelak penyokong PH
- Mat Kilau ‘mengamuk’ dengan pihak penerbit
- Kontroversi video lucah Natasha bunuh kerjayanya?
- Anwar takut bertanding di Port Dickson – Peja
- Sandiwara Mahathir kononnya mahu memperjuang nasib orang Melayu
- 6 Ahli Parlimen Bersatu dipercayai tak tanding PRU15
- Dunia Gempar Bayi Kulit Bersisik Hasil Hubungan Sumbang Mahram, Apa Itu Penyakit Ichthyosis
- Kecam saya, tapi tengok laman lucah – Baby Shima
- Alif Hadi nafi punca Yasmin Hani bercerai
- Jangan lupa sejarah MN satukan Pas, UMNO – Khairuddin
- Pengantin lelaki bongkar isteri curang dengan ipar di majlis perkahwinan
- Satu Dunia Kena Tipu Dengan James Webb
- Wallahi Benci, Rozita Ibrahim Beri Teguran Kepada Aliff Syukri
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Sifu Pemasaran Koyak Selepas Ditanya Soal Kejayaan Bisnes Terdahulu ( Video)
Mat Sabu, Chin Tong dulu rasmi projek yang digantungkah? – Najib
You must be logged in to post a comment.