No 5 Ramai Terlupa, Ini 7 Nasihat Buat Ibu Hamil Hadiri Janji Temu..’Doktor Tak Makan Orang’

No 5 Ramai Terlupa, Ini 7 Nasihat Buat Ibu Hamil Hadiri Janji Temu..’Doktor Tak Makan Orang’

UMUM mengetahui proses kehamilan sangat penting bagi wanita.

Selain kesihatan diri dan kandungan, banyak perkara lain yang perlu difikirkan termasuk menguruskan keluarga dan kerjaya jika bekerja.



Itu belum lagi mereka yang mengalami simptom mabuk hamil (morning sickness) yang boleh mengganggu tumpuan.

Pada masa sama, bakal ibu dan ibu hamil juga perlu menghadiri janji temu di klinik dari semasa ke semasa sepanjang proses kehamilan mereka.

hamil 3

Selain hamil, si ibu juga mempunyai komitmen dengan anak-anak. foto IZZRAFIQ ALIAS / The Star

Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi (O&G), Dr Imelda Balchin berkongsi pesanan mengenai apa yang perlu dilakukan setiap kali menghadiri janji temu dengan doktor:



1. Bawa semua ubat anda untuk ditunjukkan kepada doktor, jika ditanya oleh doktor.

2. Jangan lupa beritahu doktor semua ubat-ubat luar, suplemen dan produk-produk yang anda beli sendiri tanpa preskripsi doktor.

3. Jika ada diabetes ketika hamil (GDM) dan anda periksa sendiri bacaan gula, jangan lupa bawa bacaan gula anda untuk ditunjukkan kepada doktor.

4. Sila bawa juga semua rekod kehamilan anda daripada klinik lain, klinik kesihatan, keputusan ujian darah, laporan scan dan sebagainya bersama anda.



5. Sila tulis siap-siap (dengan ejaan betul) semua soalan yang anda nak tanya doktor, sebelum temu janji klinik anda, sebab ramai pesakit selalu terlupa nak tanya soalan-soalan dia apabila berdepan dengan doktor.

hamil 2

Ibu hamil boleh senaraikan soalan sekiranya mahu bertanya doktor.

6. Jika anda malu nak tanya doktor, tunjukkan saja senarai soalan anda kepada doktor. Kata kat doktor, “Saya ada soalan, tapi saya malu nak tanya. Doktor boleh tak tolong terangkan soalan saya di sini.”



7. Kalau jumpa jururawat yang tak boleh jawab soalan perubatan anda, jangan malu bertanya, “Boleh tak saya jumpa doktor untuk tanya soalan-soalan tu.” Sekurang-kurangnya anda dah buat permintaan. Tak salah pun buat permintaan. Jururawat tak boleh makan anda.

Sehubungan itu, Dr Imelda menasihatkan wanita hamil supaya memberi kerjasama yang baik dengan doktor demi kebaikan diri sendiri dan kandungan.

“InsyaAllah, apabila anda tolong doktor dengan membawa ubat-ubat anda dan jujur memberi semua maklumat apa lagi produk yang anda dah beli sendiri, doktor pun senang hati tak payah nak tanya pelbagai soalan kepada anda, dan Insyallah senang hati nak menjawab semua soalan-soalan anda.

“Jangan takut kepada doktor. Doktor pun tak makan orang. Paling penting, tak payah tanya di media sosial. Jangan bagi peluang makcik bawang datang menyibuk nak bagi palatau kat hang. Pergi tanya doktor hang sendiri,” kata Dr Imelda menerusi hantaran di Facebook.



No 5 Ramai Terlupa, Ini 7 Nasihat Buat Ibu Hamil Hadiri Janji Temu..’Doktor Tak Makan Orang’

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)

Darlene tular dipeluk dua lelaki kini bekerja di dapur, kaunter

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker