Wanita Maut Tergelincir Keluar Dari Roller Coaster

Wanita Maut Tergelincir Keluar Dari Roller Coaster

Seorang wanita maut selepas tergelincir jatuh 26 kaki dari rollercoaster yang sedang bergerak di Jerman. Mangsa seorang wanita yang tidak dinamakan tersebut dikatakan terjatuh di taman tema Klotti Park di Klotten, pada hari Sabtu, lapor The Independent.

Apa yang kini menjadi tanda tanya buat pejabat pendakwa raya adalah bagaimana wanita berusia 57 tahun itu boleh tergelincir keluar dari rollercoaster tersebut. Salah seorang pihak berkuasa pula berkongsi maklumat bahawa mangsa tergelincir di tempat duduknya di salah satu selekoh sebelum terjatuh ke tanah yang tingginya kira-kira 8 meter (26 kaki).

Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Pegawai kecemasan cuba menyelamatkan mangsa, namun wanita itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Siasatan kini tertumpu kepada punca kematian dan bedah siasat yang akan dijalankan oleh pihak berkuasa.

Pakar kejuruteraan dipertanggungjawabkan untuk memeriksa secara terperinci rollercoaster tersebut serta mencari apakah punca kepada kejadian ini. Selain pakar, beberapa saksi juga akan ditemu bual bagi mendapatkan maklumat tambahan.

Taman itu ditutup berikutan kejadian itu dan tidak ada tanda-tanda bahawa ia akan dibuka semula. Dalam permohonan maaf, pihak Klotti Park turut menyampaikan mesej simpati kepada keluarga mangsa. Vc

Wanita Maut Tergelincir Keluar Dari Roller Coaster


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)

Darlene tular dipeluk dua lelaki kini bekerja di dapur, kaunter

Iman Troye lupa diri?

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker