Saya kenal KPPA sebagai seorang berdedikasi, tegas

Saya kenal KPPA sebagai seorang berdedikasi, tegas

Bekas Pengarah Kesihatan Johor, Dr Selahuddeen Abd Aziz menganggap tindakan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah menegur pegawai kanan Jabatan Imigresen (Imigresen) tidak salah dan menyalahi peraturan.

Sebaliknya beliau yang amat mengenali Mohd Shafiq ketika berkhidmat sebagai Pengarah Kesihatan Johor adalah seorang berdedikasi, bijak dan cukup tegas dalam kerjanya.



“Saya memang kenal Mohd Shafiq kerana ketika saya di Johor dulu, beliau adalah Timbalan Ketua Setiausaha Bahagian Kewangan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) yang banyak membantu.

“Masih saya ingat lagi, ketika kami berdepan masalah di sebuah Felda. Klinik kesihatan di situ perlu dinaik taraf dan dalam masa sama, perkhidmatan kesihatan mesti diteruskan.

“Beliau bijak menyelesaikan masalah itu. Beliau mencadangkan balai raya sebagai tempat perkhidmatan kesihatan sementara dengan kos yang rendah tetapi mampu memberikan perkhidmatan kepada orang kampung,” katanya ketika dihubungi.

Dr Selahuddeen berkata, ketika isu pencemaran Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Mohd Shafiq cepat membantu dengan menyalurkan peruntukan segera bagi menambah baik hospital terdekat.



“Bayangkan terdapat sebanyak 110 sekolah dekat Pasir Gudang dan setiap hari hospital menerima ramai pesakit akibat pencemaran itu, tetapi pihak kami berjaya beri perkhidmatan kepada semua pesakit.

“Beliau sentiasa berada di lapangan setiap kali saya perlukan bantuan pihak atasan dan beliau orang pertama yang mudah dihubungi,” katanya.

Terdahulu, Kabinet mengarahkan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali menubuhkan jawatankuasa bagi menyiasat isu membabitkan KPPA yang didakwa mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang pegawai kanan Jabatan Imigresen.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu dibincangkan Kabinet supaya siasatan dilaksanakan jawatankuasa khas yang ahlinya ditentukan KSN.



Dr Selahuddeen berkata, Mohd Shafiq bukanlah seorang yang suka mencaci atau menjatuhkan maruah pegawainya dan beliau seorang yang menghormati pegawai di sekelilingnya.

“Saya tak rasa beliau mengeluarkan kata-kata kesat dengan tujuan memalukan orang lain. Beliau cukup menjaga integriti dan kualiti kerja termasuk anak buah di bawah bidang kuasanya untuk memastikan perkhidmatan terbaik boleh diberikan kepada orang awam.

“Perwatakannya macam orang lama yang tegas, tetapi sebenarnya cukup sayang. Macam bapa dengan anak…takkan bapa tak boleh tegur atau memarahi anak, jika ada kesilapan. Niat hanya untuk memperbetulkan supaya tidak mengulangi kesilapan sama,” katanya. HM

Saya kenal KPPA sebagai seorang berdedikasi, tegas




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)



Darlene tular dipeluk dua lelaki kini bekerja di dapur, kaunter

Iman Troye lupa diri?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker