Teroka kerjasama baharu Malaysia, Jepun melalui platform DPT – Ismail
Teroka kerjasama baharu Malaysia, Jepun melalui platform DPT – Ismail
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencadangkan Malaysia dan Jepun meneroka kerjasama bagi menangani isu berkaitan rantaian bekalan melalui platform Dasar Pandang ke Timur (DPT).
Perdana Melihat cadangan itu boleh direalisasikan dengan memanfaatkan jalinan perdagangan mendalam yang sedia terjalin antara kedua-dua negara.
Beliau berkata, rantaian bekalan serantau berupaya menjadi lebih berdaya tahan melalui sokongan pelaburan, infrastruktur digital dan memudah cara pembangunan kapasiti ke arah memperkuatkan ketahanan rantaian bekalan tempatan.
Ismail Sabri juga menggesa supaya bidang kerjasama baharu berkaitan inisiatif alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dapat diterokai kedua-dua negara melalui projek dan program yang dilaksanakan di bawah DPT.
Katanya, Laporan Risiko Global Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2022 mendapati isu seperti perubahan iklim, kesan sosial populasi yang semakin menua dan polarisasi sosial selepas pandemik COVID-19 dijangka memberi kesan serius terhadap ekonomi dan mata pencarian kebanyakan negara dunia dalam tempoh 10 tahun akan datang.
“Justeru cabaran global kini diharap akan menjadi pencetus kepada pembentukan kerjasama DPT bagi kepentingan bersama, khususnya dalam bidang baharu.
“Ia bagi merancakkan aktiviti perdagangan supaya ekonomi kembali pulih dengan cepat,” katanya dalam teks ucapan dibacakan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada majlis perasmian seminar perniagaan sempena ulang tahun ke-40 DPT, di sini hari ini. BH
Teroka kerjasama baharu Malaysia, Jepun melalui platform DPT – Ismail
Baca Artikel Menarik:
- Harga kambing biri-biri Ladoum cecah RM379,000 seekor
- Serabut betul komen dia – Neelofa
- Mengapa Zionis bunuh cucuku
- Pesawat ringan terhempas ketika mendarat cemas di lebuh raya [VIDEO]
- Saya keluar parti selepas Presiden umum kerjasama dengan Mahathir
- Ceramah, kuliah tak boleh guna pembesar suara luar, jelas Jais
- Berani Mati! Penagih selamba hisap dadah dalam tandas polis
- Kecewa menantu tidak capai piawaian, mak mertua disekolahkan Ustazah
- Marcella Simon keluar Islam
- Suami dibenar minum susu badan isteri, tidak haram
- Fad Bocey turun pangkat?
- Semakin ramai individu bawah 22 tahun lakukan seks
- Itu kapal perang LCS sebenar, kata bekas panglima
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)
Darlene tular dipeluk dua lelaki kini bekerja di dapur, kaunter
You must be logged in to post a comment.