Jawatan Timbalan Perdana Menteri: Tuntutan Bersatu tidak sah

SAUDARA PENGARANG,

PADA 11 Julai lalu, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, perjanjian berhubung pelantikan Timbalan Perdana Menteri (TPM) dalam Perikatan Nasional (PN) dimeterai beliau sebagai Pengerusi PN.

Ia disaksikan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin manakala Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menggubal draf perjanjian. Menurutnya, perjanjian itu diketahui oleh semua kepemimpinan tertinggi PN.

Bagaimanapun, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan, tidak wujud perjanjian berhubung pelantikan TPM dalam PN yang dianggotai Bersatu, Pas, Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Parti Maju Sabah (SAPP) dan Gerakan.



Bagaimana Bersatu secara bersendirian tanpa mencapai persetujuan bersama dengan presiden komponen parti lain dalam PN boleh mengadakan perjanjian persendirian yang mewakili PN sedangkan ada presiden parti komponen tidak mengetahuinya?

Keadaan ini jelas melanggar pembentukan Majlis Presiden PN yang dianggotai oleh semua ketua parti kerajaan PN sebagai platform untuk membincangkan dasar kerajaan dan mengukuhkan kerjasama antara parti secara persetujuan bersama.

Segala perjanjian peribadi (jika ada ) yang tidak mendapat persetujuan bersama dalam Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan Majlis Presiden PN adalah tidak sah yang tidak boleh sesekali mewakili PN.

Selain itu, tiada sebarang peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan keperluan mewujudkan jawatan TPM dalam penubuhan sesebuah kerajaan di negara ini. Sebaliknya hanya keperluan pelantikan barisan Kabinet yang diperuntukkan atas budi bicara Perdana Menteri.



Keputusan pelantikan jawatan TPM adalah atas budi bicara Perdana Menteri di bawah nasihat Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Pelantikan jawatan TPM bergantung atas keperluan kerajaan semasa dan bukannya perjanjian. – UTUSAN

SHEN YEE AUN, Presiden Pertubuhan Hak Belia Malaysia

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)

Khairuddin haiwan politik, tak kenang jasa Bersatu – Sanusi

Menteri guna kereta elektrik mulai tahun depan – Tuan Ibrahim

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker