Kerajaan PH Pandang Saja Tidak Cari Penyelesaian Masalah Ketika Pelaburan Utama LTAT Terjejas

Oleh Nurul Aisyah

SELAMA 22 bulan Pakatan Harapan(PH) menjadi kerajaan, mereka sibuk suruh rakyat ikat perut dan reka dan cipta kesalahan terhadap para pemimpin kanan UMNO. Oleh itu, sudah semestinya mereka tidak mampu menjaga rakyat dan negara. Fokus dan langkah mereka dari mula sudah sumbang.

Kini DAP, PKR dan PN cuba menggunakan formula luar tabii Rafizi pula untuk menjatuhkan UMNO. Isu projek kapal tempur pesisir (LCS) menjadi pilihan mereka.



Berdasarkan pengakuan dari Bekas Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dan timbalannya ketika itu, Liew Chin Tong, projek LCS terhenti ketika PH memerintah disebabkan kadar kemajuan projek sebelum dan selepas Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14).

Dan yang paling mengejutkan, mereka mendedahkan sebab sebenar adalah masalah kecairan kewangan. Ironinya kajian daya maju (due diligence) yang dilakukan oleh kerajaan terhadap syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) untuk pembinaan lima kapal LCS Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) gagal mengesan masalah kewangan syarikat berkenaan.

Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan pentadbiran PH tidak menggunakan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bagi membantu syarikat Boustead Naval Shipyard (BNS) menyelesaikan masalah dan meneruskan projek LCS.

Bagi PM ke 6 itu tindakan PH tidak boleh diterima memandangkan Boustead Naval Shipyard milik LTAT. Lembaga itu ditubuhkan pada bulan Ogos 1972 sebagai badan berkanun di bawah Akta Tabung Angkatan Tentera 1973 dengan Boustead Naval Shipyard merupakan syarikatnya.



Sekiranya Boustead mengalami masalah kecairan kewangan untuk terus memajukan projek penting bagi negara, kenapa pula kerajaan PH dan LTAT bawah penjagaan kerajaan PH tidak buat apa-apa untuk membantu Boustead menyelesaikan masalah dan meneruskan projek. LTAT tanggung jawab Kementerian Pertahanan.

Kegagalan PH bertindak dengan betul menyebabkan dividen dan bonus LTAT ketika pentadbiran PH sangat rendah iaitu 2% dan 2.5%. Pelaburan utama tabung simpanan veteran anggota tentera terjejas.

Kerajaan PH yang terdiri dari PPBM juga membiarkan Boustead milik LTAT untuk tidak mampu memajukan projek pada tahun 2018 sebelum kapal pertama dijadualkan untuk disiap setahun kemudian pada April 2019.

Kerajaan PH yang gagal siapkan kapal namun mereka bertanya mana kapal LCS dalam usaha menyalahkan Datuk Seri Najib.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker