Presiden PSM didakwa arah pemain boikot Piala Diraja Thailand
Presiden PSM didakwa arah pemain boikot Piala Diraja Thailand
Seorang pemain sepak takraw negara mendakwa pihak tertinggi Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) mengarahkan supaya memboikot dan mensabotaj Kejohanan Sepak Takraw Dunia Piala Raja Thailand ke-35 di Bangkok, baru-baru ini.
Dakwaan itu didedahkan Presiden Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (MASTAF) Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman yang menerima laporan daripada pegawai skuad kebangsaan yang bersama pasukan di Bangkok.
Suhaili berkata berdasarkan laporan yang diterimanya, pemain negara berkenaan mengadu tidak dapat mempamerkan aksi terbaik kerana berasa tertekan apabila diarahkan untuk memboikot kejohanan berprestij itu.
“Seorang pemain mengadu tertekan kerana diarah oleh Presiden PSM untuk boikot dan sabotaj pertandingan itu.
“Kenyataan dibuat pemain tersebut amat memeranjatkan pihak MASTAF,” katanya kepada Bernama.
Suhaili berkata MASTAF akan menghantar laporan penuh kepada Majlis Sukan Negara (MSN) berhubung aduan yang dibuat pemain itu.
Katanya sekiranya dakwaan pemain itu benar, ia merupakan satu pengkhianatan kepada negara dan industri sukan.
Suhaili berkata berdasarkan laporan, pemain itu memberitahu barisan pemain negara turut dipanggil hadir berjumpa dengan Presiden PSM Datuk Mohd Sumali Reduan sebelum berangkat ke Bangkok.
“Pemain tersebut menyebut bahawa mereka dipanggil hadir ke pejabat presiden PSM dan mana-mana pemain yang tidak mahu menyertai pertandingan di Bangkok boleh keluar dari bilik, tetapi tidak ada seorang pun yang keluar kerana mahu berkhidmat kepada negara dan hendak bermain di Bangkok,” katanya.
Sebelum ini, Suhaili mendedahkan pihaknya sedang menyiasat mengenai maklumat yang diterima mengatakan ada pihak tertentu mahu barisan pemain negara bermain untuk kalah di Bangkok.
Sementara itu, Mohd Sumali semasa dihubungi Bernama menolak dakwaan itu dengan menyifatkan ia tidak berasas.
“Tidak timbul soal itu (PSM arah boikot) langsung, malah saya mengadakan zoom meeting (mesyuarat dalam talian) dengan semua pemain untuk bagi semangat malam sebelum mereka beraksi di Bangkok dan disaksikan (pihak) MSN,” katanya ketika dihubungi.
Malaysia menamatkan kempen Kejohanan Sepak Takraw Dunia Piala Raja Thailand ke-35 yang berakhir bulan lepas dengan pencapaian satu pingat emas dalam acara Beregu Lelaki dan tiga gangsa masing-masing menerusi Regu Lelaki, Regu Berpasukan Lelaki dan Beregu Wanita. Aw
Presiden PSM didakwa arah pemain boikot Piala Diraja Thailand
Baca Artikel Menarik:
- Pelancong kena gangguan seksual secara terbuka buat netizen panas [VIDEO]
- Maaf jika pemakaian saya melukakan hati segelintir pihak
- BN, UMNO tak akan bekerjasama dengan DAP, Zuraida – Isham
- Wanita OKU dirogol rakan sekerja
- Lelaki mengamuk dakwa kuliah Subuh bising
- Kerani dakwa diraba polis
- Datuk jutawan kahwini gadis 19 tahun bercerai selepas 2 bulan
- Isteri maafkan suami curang dengan wanita seusia ibunya
- Wanita tembak mati kekasih di hadapan sami [VIDEO]
- Pemandu mabuk larikan Axia lepas langgar tujuh kereta
- Barli kurangkan risiko radang usus. Ini manfaat lain yang wajib kita tahu
- Filem Pasir Salak bakal disiapkan Syamsul?
- GDL rider amat tidak munasabah – Pemuda UMNO
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)
Menteri guna kereta elektrik mulai tahun depan – Tuan Ibrahim
You must be logged in to post a comment.