Hasil penyelarasan cuti hujung minggu dipersembah kepada Sultan Johor – Onn Hafiz

Hasil penyelarasan cuti hujung minggu dipersembah kepada Sultan Johor – Onn Hafiz

JOHOR BAHRU: Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mempersembahkan dapatan kerajaan negeri berhubung penyelarasan cuti hari minggu kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, hari ini.

Katanya dapatan itu dibentangkan untuk pertimbangan baginda.

“Syukur Alhamdulillah. Hari ini patik telah membentangkan hasil dapatan kerajaan negeri mengenai penyelarasan cuti hari minggu untuk pertimbangan Sultan Johor.

“InsyaAllah, Tuanku akan membuat pertimbangan yang terbaik untuk rakyat Bangsa Johor. Menjunjung Kasih Tuanku,” katanya dalam hantaran Facebook di sini, hari ini.

Sebelum ini, Onn Hafiz memaklumkan keputusan cuti hujung minggu negeri ini sama ada kekal atau ditukar akan membabitkan 576,691 pelajar dan 1.764 juta tenaga kerja di Johor.

Katanya dari jumlah itu sebanyak 93 peratus tenaga kerja yang terbabit adalah pekerja swasta.

Pada 14 Jun lalu, kerajaan Johor dilaporkan akan mengkaji semula cuti hujung minggu Jumaat dan Sabtu di negeri ini berikutan banyak keluhan disuarakan rakyat negeri ini.

Pada 26 Jun lalu pula, kerajaan Johor dilaporkan masih belum membuat keputusan mengenai pelaksanaan cuti hujung minggu negeri ini yang ketika ini ditetapkan pada Jumaat dan Sabtu. Aw

Hasil penyelarasan cuti hujung minggu dipersembah kepada Sultan Johor – Onn Hafiz


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)

Khairuddin haiwan politik, tak kenang jasa Bersatu – Sanusi

Menteri guna kereta elektrik mulai tahun depan – Tuan Ibrahim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker