“Ada Masa Yang Sesuai Nanti Shuk Akan Bercakap” – Shuk Sahar

Baru-baru ini, kecoh betul mengenai pengacara dan pelawak, Shuk Sahar di laman sosial apabila dikatakan bermain kayu tiga dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Fara Salleh. Menurut warganet, wanita tersebut juga pernah dikaitkan dengan bekas vokalis Hyperact, Kecik dan Shah Jaszle.

Walaubagaimanapun, Shuk tampil dengan memuatnaik beberapa posting menerusi Instagram Storynya (IG Story) sempena ucapan Hari Raya Aidiladha semalam untuk pengikutnya.

Saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha. Cuma nak beritahu, Shuk Alhamdulillah tak ada apa-apa dan insya-Allah kalau ada masa yang sesuai nanti Shuk akan bercakap.

Dalam video tersebut, Shuk kelihatan bersama isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah dan turut ditemani beberapa orang lelaki. Apapun, kita tunggu jer penjelasan daripada Shuk okay! Oh Media

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker