Meat Loaf meninggal dunia

Meat Loaf meninggal dunia

Penyanyi rock popular, Meat Loaf meninggal dunia pada usia 74 tahun, hari ini.

Berita berkenaan disahkan oleh keluarganya menerusi Facebook penyanyi yang dilahirkan di Dallas, Amerika Syarikat itu.

“Dengan perasaan sedih kami mengumumkan Meat Loaf meninggal dunia hari ini di sisi isterinya, Deborah,” tulis keluarganya di Facebook.

Meat Loaf yang menghasilkan 12 album sejak 1977 pernah tampil dalam beberapa filem antaranya Fight Club, Focus, Rocky Horror Picture Shoe dan Wayne’s World.

Jumlah keseluruhan albumnya terjual lebih 100 juta unit di seluruh dunia dan album pertama, Bat Out Of Hell menjadi album paling laris.

Menurut keluarganya, dua anaknya, Pearl dan Amanda serta rakan-rakan rapat berada di sisinya dalam tempoh 24 jam sebelum dia meninggal dunia.

“Kami tahu betapa bermaknanya dia terhadap anda. Kami betul-betul menghargai segala kasih sayang dan sokongan ketika kami sedang bersedih atas pemergian seorang lelaki penyayang dan artis berkaliber.

“Terima kasih kerana memahami kami yang bersedih. Buat masa ini kami perlukan ruang,” katanya.

Meat Loaf atau nama sebenarnya Marvin Lee Aday cukup dikenali dengan album trilogi, Bat Out Of Hell yang dijual jutaan unit di seluruh dunia.

Pada 1993, dia memenangi trofi Grammy Award menerusi lagu popular I’d Do Anything For Love (But I Won’t Do That).

Sehingga hari ini, Bat Out Of Hell kekal sebagai antara 10 album paling laris sepanjang zaman bersama dengan Michael Jackson, Whitney Houston dan The Eagles.
HM

Meat Loaf meninggal dunia


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Saya tak dapat dedahkan siapa individu itu – Suki Low

Nabila Huda terkejut kena saman

Zarina Anjoulie Dedah Pendapatannya Sebagai ‘Influencer’ Lebih Lumayan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker