Denda pelumba haram naik RM10,000, hukum penjara
Denda pelumba haram naik RM10,000, hukum penjara
Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 akan dipinda dengan hukuman lebih berat bagi membanteras kegiatan lumba haram terutama melibatkan mat rempit yang membahayakan nyawa mereka serta pengguna jalan raya yang lain.
Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Isham Ishak berkata, antara cadangan pindaan itu adalah kadar minima saman kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam kegiatan mat rempit dinaikkan ke kadar yang lebih effektif.
“Sebagai contoh, sebelum ini mereka yang didapati berlumba haram dikenakan saman berjumlah RM300, mungkin dengan cadangan pindaan akta ini kadar saman akan dinaikkan sehingga RM5,000 atau RM10,000 untuk mengelakkan aktiviti lumba haram ini.
“Selain itu, mereka yang terlibat lumba haram juga bakal dikenakan hukuman penjara, malah ibu bapa kepada remaja yang berusia di bawah 18 tahun yang didapati terlibat di dalam kegiatan lumba haram dan para penyokong lumba haram juga akan dikenakan tindakan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini hari ini.
Turut hadir ialah Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim.
Dalam tragedi pada 17 Julai lalu, lima penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan beberapa buah motosikal dan dua buah kereta di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu.
Polis berkata, kejadian itu dipercayai akibat daripada kegiatan lumba haram.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pemilik bengkel yang didapati terlibat dalam kegiatan mengubah suai motosikal bagi tujuan lumba haram juga akan dikenakan tindakan.
“Menerusi cadangan pindaan akta ini, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mungkin akan diberi kuasa untuk menyita dan menarik balik lesen bengkel yang ubahsuai motosikal bagi kegiatan lumba haram.
“Kita juga mungkin membenarkan syarikat insurans menyemak pangkalan data di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengenai maklumat mat rempit yang telah dikenakan hukuman untuk mengenakan premium insurans yang lebih tinggi terhadap mereka,” katanya. K Online
Denda pelumba haram naik RM10,000, hukum penjara
Baca Artikel Menarik:
- Misteri kehilangan warga emas pandu Myvi terungkai
- China kerah pesawat pengebom nuklear
- Lesen GDL bebankan ‘rider’, bukan penyelesaian isu keselamatan
- Dulu bukan main bangga dengan LCS, sekarang Chin Tong buat bising pula
- Memeranjatkan jika saya perlu siasat Hakim Mohd Nazlan – Najib
- Hasanah dibebas sepenuhnya kes pecah amanah RM50.4 juta
- Tutup SPAD: Saya kena tanggung dosa PH – Wee Ka Siong
- Siasat doktor rakam video pekerja bogel dalam tandas – Exco
- Umpama Berniaga Zaman Jahiliah! Hukum Jual Beli ‘Cedok’ Di TikTok Adalah Haram- Pakar Syariah
- Pegawai hanya tahu makan gaji jangan hantar ke ‘JAKOA’ – MP Cameron Highland
- Isu LCS serlah hipokrasi PKR, DAP
- Polis buru suspek samun bersenjata, tinggal kereta dalam keadaan terbakar
- Bayi 6 bulan maut dibawa ‘melancong’ 500 kilometer naiki motosikal
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pengarah urusan dihukum penjara 230 tahun tipu pakej umrah, ziarah
‘Dia bukan anak atau anak ikan tetapi suami saya yang sah’
You must be logged in to post a comment.