Hilang kerana pelbagai sebab

Hilang kerana pelbagai sebab

Kehilangan pembaca berita, Zarina Azman telah meningkatkan perhatian orang ramai mengenai kes hilang yang berlaku.

Sinchew Daily melaporkan, sejak 2018, sebanyak 1,800 kes hilang telah berlaku di Selangor, Negeri Sembilan dan Kelantan.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Sasikala Devi A/P Subramaniam berkata, di Selangor sahaja, sebanyak 165 kes telah diterima dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini melibatkan 93 orang dewasa dan 72 orang remaja di bawah 18 tahun.

Katanya, daripada jumlah tersebut, 116 orang telah dijumpai dan 49 lagi masih dalam keadaan “hilang” .

Jelasnya kepada Sinchew Daily, kes hilang adalah berpunca daripada pelbagai faktor termasuk pergaduhan dan salah faham dengan ahli keluarga.

Katanya, terdapat juga individu yang melarikan diri kerana tidak mahu belajar, mahukan kebebasan, lari bersama kekasih atau dipengaruhi rakan.

Selain itu, terdapat juga orang yang hilang semasa mencari kerja, dibelenggu kemurungan dan sakit mental atau orang tua yang hilang kerana masalah ingatan.

Sinchew Daily melaporkan, tidak kurang orang yang cuba “menghilangkan diri” kerana tidak mahu bertemu dengan ahli keluarga atas pelbagai sebab.

Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan MCA, Datuk Seri Michael Chong berkata, beliau pernah mengendalikan satu kes yang menyaksikan beberapa gadis hilang secara serentak.

“Selepas kes ini didedahkan melalui media, kami menerima maklumat bahawa gadis-gadis ini ditahan kerana melakukan kesalahan di luar negara.

“Gadis-gadis ini berasa malu dan tidak mahu ahli keluarga mengetahui keadaan mereka lalu menghilangkan diri” katanya kepada Sinchew Daily.

Sementara itu, aktivis kemasyarakatan, Kuan Chee Heng berkata, pihaknya menerima beberapa aduan kes kehilangan orang setiap bulan.

Katanya, kebanyakan kes melibatkan orang tua, mereka yang dibelenggu masalah mental dan remaja yang lari dari rumah.

“Biasanya, perkara pertama yang kami lakukan adalah mengenal pasti punca kehilangan, termasuk kemungkinan mereka diculik atau sama ada mereka mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri,” katanya. MG

Hilang kerana pelbagai sebab


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pengarah urusan dihukum penjara 230 tahun tipu pakej umrah, ziarah

Gadis cantik tidak kisah bergelar petani cendawan

‘Dia bukan anak atau anak ikan tetapi suami saya yang sah’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker