Sukan Komanwel 2022: Kekuatan mental bawa Ng Tze Yong ke perlawanan akhir badminton
KUALA LUMPUR – Perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong terus mencipta sensasi pada temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022 apabila melangkah ke perlawanan akhir menewaskan wakil India, K. Srikanth sebentar tadi.
Pada aksi separuh akhir yang berlangsung di National Exhibition Centre (NEC) itu, dia menampilkan keazaman cukup tinggi bagi menyingkirkan Srikanth menerusi kemenangan tiga set 13-21, 21-19, 21-10.
Bagaimanapun, Tze Yong memulakan saingan dengan agak perlahan apabila membenarkan Srikanth menguasai sepenuhnya set pertama selepas ketinggalan 4-13 sebelum akur menerusi kekalahan 13-21.
Memasuki set kedua, perlawanan dilihat berlangsung seimbang dengan kedua-dua pemain saling bertukar servis selain kedudukan mata yang tidak jauh berbeza, sekali gus memastikan Tze Yong bermain lebih yakin.
Kekuatan mental yang ditunjukkan pemain No.42 dunia itu nyata membantunya untuk bertahan serta memberi tentangan kepada Srikanth, seterusnya menang 21-19 bagi mengheret perlawanan ke set penentuan.
Pada set ketiga, Tze Yong menampilkan aksi lebih baik berbanding Srikanth yang dilihat sudah kepenatan dan menguasai sepenuhnya permainan sebelum memastikan kemenangan mutlak 21-10 bagi melangkah ke perlawanan akhir.
Menerusi kemenangan itu, Tze Yong akan membuat perhitungan dengan seorang lagi jaguh India, Lakshya Sen yang memastikan tempat ke pentas final lebih awal selepas menewaskan wakil Singapura, Jason Teh 21-10, 18-21, 21-16.
Pada pusingan suku akhir yang berlangsung semalam, Tze Yong melakar kejutan apabila menyingkirkan juara dunia dari Singapura, Loh Kean Yew selepas menang menerusi aksi tiga set 15-21, 21-14, 21-11.
Sebagai rekod, Malaysia merupakan juara bertahan dalam acara perseorangan lelaki menerusi legenda badminton tanah air, Datuk Lee Chong Wei yang merangkul pingat emas pada edisi di Gold Coast, Australia empat tahun lalu. – KOSMO! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Tempoh menunggu Perodua Alza baharu hingga 10 bulan
- Wan Saiful meroyan PM batalkan pertemuan dengan Hamzah
- Saifuddin perli Rafizi? Selesaikan isu rakyat bukan main isu skandal
- Video lucah tersebar, ada pihak cuba jatuhkan Noh Salleh
- Bekas panglima TLDM: ‘BNS angkuh, sangat dilindungi’
- Elyana kesal komen biadap netizen
- Belajarlah mendoakan orang lain – Mizz Nina
- Wanita upah 3 perempuan simpanan untuk gembirakan suami
- Pelajar tingkatan 3 pukul guru disiplin guna batang penyapu
- Seperti Tikam Belakang Stokis Dan Agen, Neelofa Umum HQ Jual Innai NunHa Di Shopee
- Penyamun bersenjata parang Kota Bharu kantoi ditangkap peniaga Pakistan
- Anwar tibai Mahathir, baru sekarang nak bela Melayu, 22 bulan buat apa?
- Punca internet lemah di rumah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
I Love You Nina- Shila Amzah, Tokti & Fazura Antara Barisan Selebriti Beri Sokongan Buat Mizz Nina
You must be logged in to post a comment.