Polis nafi pergaduhan kaum di Sungai Petani

Polis nafi pergaduhan kaum di Sungai Petani

Polis Kuala Muda menafikan berita berkaitan kejadian pergaduhan membabitkan kaum di Sungai Petani yang tersebar di media sosial.

Ketua Polis Kuala Muda Zaidy Che Hassan, berkata akaun, ‘Ayahanda-ayahanda Sungai Petani’ dipercayai menyebar berita tidak benar yang menimbulkan kegusaran masyarakat setempat.

“Polis menafikan kejadian seperti mana yang telah tular berlaku di Sungai Petani oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Pihak polis ingin menasihati orang ramai supaya menghentikan serta merta menyebarkan perkara tidak benar yang boleh mengguris sentimen masyarakat,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, Inspektor Ranveer Singh Purba Sintokh Singh di talian 018-4674764 atau 04-4299222.

Zaidy berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Selain itu, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang jika didapati bersalah boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Menurut Harian Metro, berita kononnya berlaku pergaduhan teruk membabitkan dua kaum tular di media sosial dan turut disebarkan melalui kiriman mesej oleh individu yang sengaja mahu mencetus kekecohan.

Antara kandungan berita yang disebarkan itu mendakwa pergaduhan berlaku antara kumpulan kongsi gelap, puak pelampau serta turut membabitkan anggota polis sehingga perintah darurat terpaksa dikeluarkan.

Difahamkan, penyebaran berita palsu terbabit tercetus rentetan daripada kejadian seorang pengawal keselamatan yang dilibas pedang oleh seorang lelaki di sebuah tapak projek perumahan di Bukit Banyan Khamis lalu. FMT

Polis nafi pergaduhan kaum di Sungai Petani


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Alat sulit patah ketika hubungan intim ganas dengan isteri

Punca aircond tak sejuk

I Love You Nina- Shila Amzah, Tokti & Fazura Antara Barisan Selebriti Beri Sokongan Buat Mizz Nina

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker