Restoran silap caj pelanggan RM2,883 sepatutnya RM288

Dua pelanggan membayar harga makanan berlebihan di Restoran Fok Lok Kee Private Kitchen di Singapura pada Rabu lalu

Sebuah restoran di Singapura menggunakan media sosial Facebook untuk mencari dua pelanggannya kerana tersilap mengenakan caj terlalu tinggi, lapor portal berita MSNews hari ini.

Bil makanan mereka ialah SG$84 (RM288.37) tetapi pekerja restoran tersebut secara tidak sengaja menekan angka sifar tambahan pada mesin pengiraan, menyebabkan jumlah meningkat kepada SG$840 (RM2,883).

Restoran itu menggesa kedua-dua pelanggan tampil supaya mereka boleh membayar balik lebihan caj tersebut.

Dalam catatan yang dikongsi dalam kumpulan Facebook Hawkers United – Dabao 2020, Restoran Fok Lok Kee Private Kitchen berkata, pihaknya sedang mencari dua pelanggan wanita yang datang kelmarin.



Restoran ini menghidangkan masakan Sichuan dan terletak di Jalan Geylang. – Agensi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Noor Nabila, Engku Emran sah bakal bercerai

Malu apa Ketua Pembangkangku



Bakal suami Puteri Sarah?

Nelissa trauma diraba di set penggambaran



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker