Kejam! Kucing cedera dipanah di bahagian leher

 

PETALING JAYA – Zalim dan tidak berperikemanusiaan. Itu antara gambaran kekejaman yang berlaku ke atas seekor kucing selepas cedera pada bahagian leher akibat dipanah.

Gambar kezaliman ke atas haiwan terbabit telah dikongsi di laman Facebook Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) dan difahamkan kejadian itu di Taman Wawasan, Pusat Bandar Puchong.

Menurut SAFM, pihaknya mengutuk perbuatan itu kerana ia boleh membunuh haiwan tersebut.

“Sebarang bentuk penganiyaan terhadap haiwan merupakan satu perbuatan yang terkutuk dan perlu dibanteras sehingga ke akar umbi.

“SAFM juga meminta sebarang saksi untuk tampil ke hadapan supaya pesalah yang melakukan perbuatan zalim ini boleh ditangkap dan didakwa,” katanya di Facebook hari ini.

SAFM memaklumkan, sebarang perilaku tidak berkemanusiaan terhadap haiwan merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Katanya, pelaku boleh dihukum penjara maksimum 3 tahun dan denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM100,000 atau kedua-duanya sekali.

“Bantu kami menangkap individu yang tidak bertanggungjawab ini! Sebarang maklumat mengenai kes ini boleh disalurkan di laman sesawang SAFM di https://www.animal.org.my/cruelty-report-form/ atau WhatsApp SAFM HOTLINE 0162662007.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video tak senonoh didakwa penyanyi terkenal tanah air kini kecoh

Pesakit psikiatri maut terjun dari tingkat empat Aman Central

Restoran nasi kandar sedia mi goreng ‘perisa najis tikus’ diarah tutup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker