PH selamatkan LTAT? Tidak…kamu nafi untung berbilion, Najib beritahu Loke

PH selamatkan LTAT? Tidak…kamu nafi untung berbilion, Najib beritahu Loke

Najib Razak menyindir kenyataan Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook yang mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) dahulu yang menyelamatkan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) .

Sebaliknya, Najib berkata, pemimpin DAP yang menafikan agensi bawah Kementerian Pertahanan itu membuat keuntungan dengan mengambil alih semula konsesi sistem penguatkuasaan automatik (AES) selepas konsesi itu diambil alih daripada pihak swasta pada 2015.

“Pada 2015, satu keputusan dibuat bahawa LTAT membayar dan mengambil alih konsesi tersebut dari tangan swasta supaya tohmahan bahawa pihak swasta memerah darah rakyat boleh dihentikan.

“Pada 2018 pula kerajaan PH mengambil alih konsesi AES dari LTAT dengan membayar balik kos yang LTAT bayar kepada syarikat swasta pada 2015,” katanya di Facebook.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, LTAT rugi kira-kira RM169 juta pada 2018 apabila sebanyak 84,116 saman dikeluarkan.

“Jadi, 84,116 saman dengan denda sehingga RM2,000 adalah bersamaan dengan kutipan saman sehingga RM169 juta bagi tahun 2018 sahaja.

“Sebab itu, bayangkan berapa banyak yang LTAT telah rugi sebab kerajaan PH mengambil alih AES dengan membayar balik kos sebenar kepada LTAT? Korang selamatkan LTAT? Tidak,” katanya.

Malah, dakwanya, kerajaan PH menafikan LTAT daripada keuntungan setiap tahun daripada konsesi jangka panjang yang mungkin mencecah berbilion ringgit.

Lebih teruk, kata Najib apabila kerajaan PH hanya memberi dividen LTAT sebanyak 2.0% pada 2018 dan 2.5% pada 2019.

“Nak mengaku hero telah selamatkan LTAT dan veteran anggota keselamatan? Okaylah.. sebab itu dividen LTAT bawah kerajaan PH bagi tahun 2018 cuma 2% dan cuma 2.5% bagi tahun 2019.

“Berbanding dividen + bonus sebanyak 12% pada 2016 dan 12.5% bagi 2017 bawah kerajaan BN. Penipunya DAP,” kata Najib.

Pada Isnin, Loke yang juga menteri pengangkutan era PH memberitahu Dewan Rakyat bahawa pemimpin DAP yang menyelamatkan dana pencen LTAT berjumlah RM555 juta daripada kerugian dalam bailout kerajaan.

Loke berkata, ketika itu beliau mencadangkan agar dana itu (LTAT) RM555 juta yang dibelanjakan untuk mengambil alih konsesi AES dibayar balik.

Ketika membacakan laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara mengenai projek AES, beliau berkata, perdana menteri ketika itu Najib telah mencadangkan LTAT mengambil alih AES daripada syarikat konsesi Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd dengan harga RM555 juta.

Loke mendakwa berlaku campur tangan politik di peringkat tertinggi dan Najib cuba menggunakan dana LTAT untuk menyelesaikan masalah yang diwujudkan oleh kerajaan. FMT

PH selamatkan LTAT? Tidak…kamu nafi untung berbilion, Najib beritahu Loke


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Che Puan Nur Diana Petra Abdullah diisytihar sebagai Sultanah Kelantan berkuat kuasa hari ini

“Sampai Hati…Bapa Saya Baru Meninggal”-Azza Elite Kena Maki Dengan DIVA Azwan Ali Gara-gara…

Syed Saddiq, Dr Rafidah Bertikam Lidah Di Twitter Pasal Isu Merokok

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker