RM45,000 hilang ketika serbuan, pegawai dan 2 anggota polis ditahan
RM45,000 hilang ketika serbuan, pegawai dan 2 anggota polis ditahan
KOTA BHARU: Seorang pegawai dan dua anggota polis ditahan susulan dakwaan kehilangan wang tunai RM45,000 ketika serbuan kes dadah di sebuah rumah di Pasir Kelang Baru, dekat Kuala Krai pada Jumaat lalu.
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, mengesahkan anggota dan pegawai yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai itu ditahan jam 9 malam di daerah berkenaan.
“Ketiga-tiga mereka ditahan susulan laporan polis dibuat ibu kepada suspek yang ditahan dalam serbuan terbabit, mendakwa wang tunai RM45,000 hilang kerana turut diambil polis,” katanya.
Mengulas lanjut, katanya pada Rabu lalu, pegawai dan dua anggota terbabit melakukan serbuan di sebuah rumah di Kampung Pasir Kelang dan hasilnya, seorang lelaki berusia 29 tahun ditahan dan polis turut merampas 1,000 biji pil yaba.
“Bagaimanapun keesokannya, ibu kepada suspek membuat laporan di Balai Polis Kuala Krai mendakwa pegawai dan dua anggota terbabit turut mengambil wang tunai miliknya berjumlah RM45,000.
“Susulan laporan diterima, kita membuat tangkapan terhadap pegawai dan dua anggota terbabit untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Muhamad Zaki berkata, pegawai dan dua anggota terbabit kini ditahan reman selama empat hari sehingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
“Saya ingin jelaskan di sini bahawa serbuan, tangkapan dan rampasan membabitkan pil yaba adalah benar dilakukan oleh pegawai dan anggota, namun disebabkan terdapat laporan mengatakan kehilangan wang terbabit, kita akan menyiasat secara terperinci.
“Segala dakwaan termasuk kehilangan wang serta dakwaan pegawai dan anggota meminta anak kunci untuk menggeledah almari akan disiasat secara lanjut,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya tidak sesekali menyembunyikan kejadian membabitkan pegawai dan anggotanya, sebaliknya siasatan secara telus akan dilakukan. BH
RM45,000 hilang ketika serbuan, pegawai dan 2 anggota polis ditahan
Baca Artikel Menarik:
- Mat Tudung kembali beraksi
- Poor boy from ‘gangster town’ turns into top cop
- Rosyam Nor kendali Sembang Viral
- Kedai Cik B kena sihir lagi – Vida
- Tengku Zafrul bawa ‘gula’ untuk BN tawan Selangor
- 3 pesilat negara lakar nama sebagai juara baharu dunia
- Saya gam mereka dulu – Abon
- PRU dah nak dekat… – Ismail
- Tuntut naik gaji kufur nikmat terbesar, Cassa bidas Cuepacs
- MN Plus tidak perlu diungkit, sudah berlalu selepas PN wujud
- Hadi kata PH tipu manifiesto, Muhyiddin buat muka tebal seolah-olah tidak bersalah
- Agihan kerusi dalam PN, Muhyiddin kata pada PAS ‘lebih kurang minta halal’
- 1.2 juta warga China ‘hilang dari radar’, mana imigresen?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Aku Simpati Dengan Dia’ ….Hattan Simpati Dengan Ning Baizura
‘I Love Being Viral’ – Cubaan Jatuhkan Reputasi …Ning Baizura Tak Endah Kecaman [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.