Jururawat didakwa bunuh bayi sendiri

Jururawat didakwa bunuh bayi sendiri

SUNGAI SIPUT: Seorang jururawat didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan membunuh bayi kandungnya yang berusia lapan bulan, minggu lepas.

Tertuduh, T Rebekal, 30 tahun, mengangguk faham apabila pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nurul Asyifa Redzuan.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana ia melibatkan kes bunuh.



Mengikut kertas pertuduhan, ibu tunggal yang bekerja di sebuah hospital swasta itu didakwa membunuh J S Melvin Jeshuran di sebuah rumah di Fasa 2A, Kampung Muhibbah, Sungai Siput (utara) kira-kira jam 6 petang, 24 Julai lalu.

Dia didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, R S Vitthiyeswary manakala tertuduh diwakili peguam Nahtan Krishnan.

Mahkamah menetapkan 3 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan forensik dan bedah siasat.



Terdahulu, media melaporkan seorang bayi lelaki berusia lapan bulan meninggal dunia dipercayai didera dalam satu kejadian di Sungai Siput.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, polis menerima laporan yang memaklumkan terdapat seorang bayi mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Sungai Siput.

Menurutnya, pemeriksaan awal mendapati, terdapat banyak kesan kecederaan pada anggota badan bayi berkenaan.

Hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, mendapati kecederaan dialami bayi itu adalah disebabkan objek tumpul. Aw



Jururawat didakwa bunuh bayi sendiri


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Aku Simpati Dengan Dia’ ….Hattan Simpati Dengan Ning Baizura



Hattan Tiada Masalah BBNU ‘Cover’ Lagunya, Bagi ‘Warning’ Awal-awal Tahan Telinga Jika Jahanam [VIDEO]

‘I Love Being Viral’ – Cubaan Jatuhkan Reputasi …Ning Baizura Tak Endah Kecaman [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker