Dera isteri hingga mati, lelaki diburu polis

Dera isteri hingga mati, lelaki diburu polis

Kajang: Dera isteri sehingga mati sebelum hantar mayat wanita itu ke hospital. Perbuatan kejam lelaki itu terbongkar hasil pemeriksaan dilakukan pegawai perubatan di sebuah hospital swasta, di sini.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, polis menerima laporan kejadian pada 12.15 tengah malam Ahad lalu.



Menurutnya, wanita berusia 38 tahun terbabit dihantar ke pusat perubatan berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Mangsa dihantar oleh suaminya dan selepas mendapat tahu isterinya disahkan sudah meninggal dunia, dia menghilangkan diri.

“Pemeriksaan awal pegawai perubatan terbabit mendapati terdapat kesan cedera dan lebam di seluruh badan mangsa.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan ke Hospital Serdang untuk tujuan bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Beliau berkata, hasil bedah siasat dilakukan mendapati punca kematian mangsa akibat dipukul objek tumpul sehingga mengalami kecederaan dalaman serius selain terdapat kesan kecederaan di seluruh badan.

“Dalam siasatan yang dilakukan, kejadian dipercayai berlaku di sebuah pangsapuri di Sungai Long. Namun motif pembunuhan masih dalam siasatan,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tambahnya, polis kini sedang giat mengesan suami mangsa iaitu Mohamed Imran Mohamed, 32, beralamat terakhir di Apartment Sutera Pines, Jalan Sutera Pines, Sungai Long, Kajang.



Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan R K Umesh di talian 012-6114900 atau mana-mana balai polis berdekatan. HM

Dera isteri hingga mati, lelaki diburu polis

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Norish Karman bibir tebal kerana botox?

Isteri nak buat kejutan



Dato Malik bebas dengan jaminan

Hari Asyura, kelebihan Puasa 9,10,11 Muharam



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker