Minggu pertama Dewan Rakyat cipta sejarah

Minggu pertama mesyuarat Dewan Rakyat mencipta sejarah buat negara dengan lulusnya Rang Undang-Undang Antigangguan Seksual 2021.

Penggubalan rang undang-undang yang bermula sejak 2011 itu diharap berupaya menangani isu gangguan seksual di Malaysia yang belum memiliki undang-undang khusus mengenainya.

Namun, kelulusan rang undang-undang pada Rabu (20 Julai) itu tidak terlepas daripada ‘drama’ apabila pihak pembangkang mendakwa Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) mengeluarkan kata kesat dan lucah sehingga mencetuskan situasi ‘panas’ ketika sesi perbahasan.

Sidang dewan yang bermula pada Isnin (18 Julai) juga mengalami kekecohan apabila Isnaraissah Munirah Majilis (Warisan-Kota Belud) diarah keluar dan digantung dua hari daripada menghadiri mesyuarat setelah bertegas mahu usul tuntutan kumpulan Sulu terhadap Sabah dibahas di Dewan Rakyat.

Isu berkenaan terus dibangkitkan Ahli-Ahli Parlimen pembangkang sebelum Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun menjelaskan pada Rabu bahawa perbincangan berhubung tuntutan kumpulan Sulu di Parlimen boleh menjejaskan kepentingan Malaysia dalam prosiding litigasi kes berkenaan.

Menurutnya, perbincangan mengenai perkara itu berkemungkinan akan mendedahkan strategi negara dalam hal berkaitan, sekali gus memberi manfaat kepada pihak lain.

Pada 12 Julai lepas, Mahkamah Rayuan Paris membenarkan permohonan kerajaan Malaysia untuk menggantung penguatkuasaan Final Award bertarikh 28 Feb 2022 yang dikeluarkan penimbang tara Dr Gonzalo Stampa berikutan tuntutan kumpulan Sulu melalui satu prosiding timbang tara antarabangsa di Madrid, Sepanyol.

Sebelum ini, dilaporkan aset dua anak syarikat Petronas di Azerbaijan dirampas oleh kumpulan Sulu, yang dikatakan menuntut US$14.92 bilion (RM62.59 bilion) daripada Malaysia.

Turut menarik perhatian, Dewan Rakyat meluluskan usul membatalkan keputusan dewan pada 23 Mac lepas yang menolak lanjutan penguatkuasaan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA.

Usul itu diluluskan setelah melalui undi belah bahagian yang menyaksikan 105 Ahli Parlimen bersetuju manakala 83 tidak bersetuju dan 32 tidak hadir, sekali gus membolehkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengemukakan semula usul lanjutan penguatkuasaan Subseksyen 4(5) akta berkenaan untuk tempoh tahanan 28 hari dikekalkan bagi tempoh lima tahun lagi mulai 31 Julai ini, pada persidangan kali ini.

Dewan Rakyat turut meluluskan tujuh rang undang-undang iaitu Rang Undang-Undang Perhutanan Negara (Pindaan) 2022; Rang Undang-Undang Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Pembubaran) 2021; Rang Undang-Undang Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah (Pindaan) 2021 dan Rang Undang-Undang Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (Pindaan) 2022.

Turut diluluskan Rang Undang-Undang Kawalan Padi dan Beras (Pindaan) 2022; Rang Undang-Undang Racun (Pindaan) 2022 dan Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2022.

Bagaimanapun, usul pemilihan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi menggantikan Datuk Seri Azalina Othman Said ditangguh sekali lagi ke persidangan akan datang.

– Bernama

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun

Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur

MasyaAllah saya langsung tidak ingat apa-apa – Aprena Manrose

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker