50 kali pecah tabung masjid, 2 individu termasuk wanita ditahan

50 kali pecah tabung masjid, 2 individu termasuk wanita ditahan

Selepas lebih 50 kali licik melakukan jenayah pecah tabung masjid, dua individu termasuk seorang wanita akhirnya berjaya ditahan susulan melakukan perbuatan itu di sebuah masjid di Kampung Begia, Sik, Kedah.

Ketua Polis Sik Abdull Razak Osman, berkata kedua-dua mereka ditangkap pada 4.44 petang, semalam, selepas polis menerima laporan daripada pihak pengurusan masjid berkenaan.



“Kedua-dua suspek itu mengaku terlibat dalam kes pecah tabung masjid di sekitar Sik, Yan, Pendang, Baling, Kota Setar dan Padang Terap. Mereka sering melakukan perbuatan itu dengan menaiki kereta Proton Iswara berwarna kelabu milik suspek wanita berusia 27 tahun,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Razak berkata, hasil siasatan terhadap kedua-dua suspek, mereka mengaku mula terlibat dalam kegiatan terbabit, sejak Dis tahun lalu.

Katanya, pemilik kereta tersebut turut mempunyai status dikehendaki bersangkut laporan polis mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan di Yan.

“Saringan awal air kencing ke atas mereka mendapati positif dadah jenis methamphetamine dan siasatan lanjut sedang dijalankan di bawah Seksyen 380,” katanya. FMT



50 kali pecah tabung masjid, 2 individu termasuk wanita ditahan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun



Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur

MasyaAllah saya langsung tidak ingat apa-apa – Aprena Manrose



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker