Lelaki hina Islam gagal bayar denda dipenjara 6 bulan

Lelaki hina Islam gagal bayar denda dipenjara 6 bulan

Lelaki yang menghina Islam, Mohd Nor’muzil Mohd Razalli terpaksa menjalani hukuman penjara selepas gagal membayar denda RM50,000.

Dia yang memakai baju T hijau dan berseluar jeans itu diiringi polis dan dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Sepang ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara enam bulan.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Sepang Wan Kamarul Azran Wan Yusof, menurut laporan Sinar Harian.

Nor’muzil, 39, dijatuhi hukuman itu oleh Hakim Ahmad Rizki Abdul Jalil, hari ini, selepas mengaku bersalah membuat hantaran jelik menghina Islam menerusi rakaman video di aplikasi YouTube.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu mengaku secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik di YouTube dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Kesalahan itu dilihat pengadu di hadapan Shell Cyberjaya, 11.15 malam, pada 16 Jul.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Aling mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Sebelum ini, Nor’muzil direman selama empat hari, bermula Ahad, selepas kandungan penghinaan dibuat tular di media sosial. FMT

Lelaki hina Islam gagal bayar denda dipenjara 6 bulan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun

Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur

MasyaAllah saya langsung tidak ingat apa-apa – Aprena Manrose

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker