PH gugur 13 penyandang ahli Parlimen, 80 peratus muka baharu

SEJUMLAH 13 penyandang ahli Parlimen daripada Pakatan Harapan (PH) telah sah digugurkan oleh parti masing-masing daripada senarai pencalonan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Semenanjung Malaysia setakat Sabtu.

Daripada jumlah berkenaan, lapan daripadanya terdiri daripada bekas calon ‘heavyweight’ Parti Keadilan Rakyat (PKR), manakala lima lagi penyandang ahli Parlimen merupakan pemimpin utama DAP sebelum ini.

Jumlah terkumpul penyandang ahli Parlimen yang digugurkan oleh dua parti utama dalam PH itu telah dikenal pasti setelah PKR mengadakan majlis pengumuman senarai 72 calon PRU15 parti itu pada Jumaat, manakala DAP telah melaksanakannya secara berperingkat mengikut negeri sejak Selasa.



Menariknya, sebuah lagi parti koalisi dalam PH, Parti Amanah Negara (Amanah) masih belum mengumumkan senarai pengguguran mana-mana 13 kerusi penyandang ahli Parlimen sebelum ini.

Namun, timbul tanda-tanya sama ada berlaku krisis dalaman di antara parti itu dan PKR apabila pemimpin Amanah seolah-olah ‘tidak mengetahui’ keputusan dua pemimpinnya iaitu bekas Naib Presiden Amanah, Husam Musa dan tokoh agamawan, Nik Omar Nik Abdul Aziz dicalonkan bertanding PRU15 menggunakan tiket PKR.

Bagi PKR, lapan bekas penyandang ahli Parlimen yang tidak dicalonkan adalah Datuk Johari Abdul (Sungai Petani); Dr Lee Boon Chye (Gopeng); R Sivarasa (Sungai Buloh); Maria Chin Abdullah (Petaling Jaya); Chan Ming Kai (Alor Setar); Tan Yee Kiew (Wangsa Maju); Natrah Ismail (Sekijang) dan June Leow (Hulu Selangor).

Untuk PRU15, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Johari akan digantikan oleh anak beliau sendiri iaitu Mohammad Taufiq Johari; Tan Kar Hing (Gopeng); R Ramanan (Sungai Buloh); bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu, Lee Chean Chung (Petaling Jaya); Ooi Tze Min (Alor Setar); Zaini Hassan (Wangsa Maju); Pengarah Jabatan Pemilihan Parti (JPP), Dr Zaliha Mustapha (Sekijang) dan Dr Sathia Prakash Nadarajan (Hulu Selangor).



Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisommudin Bakar berpandangan keputusan Natrah, Boon Chye dan Yee Kiew tidak lagi bertanding pada PRU15 disebabkan faktor usia di mana ketiga-tiga pemimpin itu sudah mengemukakan hasrat untuk bersara sebelum ini.

Jelas beliau, langkah pengguguran Johari, Ming Kai, Maria Chin dan Leow pula disebabkan kesemua pemimpin berkenaan kalah dalam perebutan jawatan kepimpinan parti ketika proses pemilihan parti itu diadakan pada bulan April tahun ini.

“Bagi kes Sivarasa pula, saya menjangkakan keputusan penguguran beliau kerana sering dikaitkan dengan kem (bekas Timbalan Presiden PKR) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Begitu juga dengan nama Tian Chua (bekas Naib Presiden PKR).

“Keseluruhannya, saya melihat trend pengguguran nama besar dalam PKR sebenarnya tidak akan memberi kesan ketara. Ia sebenarnya berkait juga dengan penilaian prestasi bekas penyandang berkenaan selepas PRU14, selain daripada faktor demografi dan corak pengundi bandar dan separa bandar,” kata Hisommudin kepada Sinar Premium pada Sabtu.



Bagaimanapun, Ming Kai sewaktu dihubungi Sinar Premium menolak pandangan namanya tidak tersenarai bertanding PRU15 disebabkan prestasi perkhidmatan beliau sebagai wakil rakyat sepanjang penggal PRU14 tidak memuaskan.

“Pertukaran calon itu perkara biasa, saya tidak hairan. Cuma saya terkilan apabila parti tidak benar-benar menjelaskan faktor saya digugurkan secara lebih terperinci.

“Kalau anda hendak tahu mengapa, kena tanya sendiri Presiden (Anwar) dan Pengarah Pilihan Raya (Rafizi Ramli). Hendak kata saya tidak selari dengan kem Rafizi juga tidak betul kerana saya tidak bertanding pada pemilihan parti lalu berasaskan cai pihak tertentu,” ujarnya.

Sivarasa pula enggan menjelaskan isu pengguguran beliau kepada Sinar Premium dengan lebih lanjut.



“Maaf. Ini perkara dalaman. Saya tidak akan beri komen,” kata beliau melalui kiriman mesej WhatsApp.

Mengulas mengenai DAP, parti itu turut membuat keputusan mengejut apabila menggugurkan lima pemimpinnya iaitu bekas Pengerusi DAP Perak, Thomas Su (Kampar); bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr Ong Kian Ming (Bangi); bekas Setiausaha Publisi DAP Kebangsaan, Tony Pua (Damansara), Charles Santiago (Klang) dan aktivis alam sekitar, Wong Tack (Bentong).

Kesemua mereka akan digantikan oleh Pengerusi DAP Selangor, Gobind Singh Deo (Damansara); penyandang Parlimen Bakri, Yeo Bee Yin (Puchong); penyandang DUN Keranji, Chong Tze Min (Kampar); Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusatnya (CEC), Syahredzan Johan (Bangi); penyandang DUN Kota Kemuning, V Ganabatirau (Klang) dan penyandang DUN Ketari, Young Syefura Othman (Bentong).

“Bagi saya, pengguguran nama besar DAP tidak memberikan impak ketara disebabkan corak pengundian masyarakat bandar dan separa bandar masih tertumpu kepada orientasi isu.



“Secara keseluruhannya, kedudukan DAP masih dianggap selamat kerana trend pengundian kaum Cina dan bukan Melayu masih berpihak kepada mereka,” tegas Hisommudin.

Dalam pada itu, sejumlah lima ahli Parlimen PH akan mencuba nasib di kerusi baharu pada PRU15, diketuai oleh Anwar sendiri yang bertukar kerusi daripada Parlimen Port Dickson ke Tambun.

Seramai 13 penyandang ahli Parlimen daripada Pakatan Harapan (PH) telah sah digugurkan oleh parti masing-masing daripada senarai pencalonan PRU15 di Semenanjung Malaysia.

Pemimpin PH lain adalah Pengerusi Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Pandan ke Bandar Tun Razak); bekas Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin (Hang Tuah Jaya ke Bagan Datuk); Gobind Singh (Puchong ke Damansara) dan Bee Yin (Bakri ke Puchong).

“Agak menarik PKR dan DAP memberi penekanan pada calon muda untuk bertanding di kerusi penting seperti Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli Abdul Halim (Hang Tuah Jaya), Syahredzan (Bangi) dan Young Syefura (Bentong).



“Dengan pengenalan hampir 80 peratus muka baharu pada PRU15, PKR dan DAP nampaknya sudah belajar daripada kekalahan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka dan Johor dan mencontohi BN yang berani membuat rombakan besar-besaran dengan menukarkan calon ‘warlord’ kepada pemimpin berkredibiliti,” jelas Hisommudin lagi.

Untuk PH, senarai keseluruhan parti itu bertanding di keseluruhan 222 kerusi Parlimen masih belum muktamad kerana kerusi PKR di Parlimen Sungai Siput, Sembrong dan Tapah masih dalam pertimbangan untuk diserahkan kepada Ikatan Demokratik Muda (Muda) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).

PKR akan mengumumkan calonnya di Sabah dan Sarawak pada 31 Oktober dan 1 November ini, manakala DAP dan Amanah akan meneruskan strategi pengenalan calon PRU15 bagi lebihan 10 negeri sehingga hari penamaan calon kelak.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


The Sara Sisters Dikritik Seksi Melampau

Ameera Khan Memang Fake?

Rishi Sunak ‘pemuja’ Israel

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker