Pengantin menangis lihat bekas kekasih
Pengantin menangis lihat bekas kekasih
Jakarta: Seorang pengantin wanita hanya mampu menangis sebaik melihat bekas kekasihnya hadir di majlis perkahwinannya.
Video aksi wanita itu tular di media sosial sebaik bekas kekasihnya datang memberikan sejambak bunga warna merah jambu.
Portal Walipop melaporkan, detik sedih itu dirakam dan dimuat naik di akaun Instagram @kendariinfo.
Majlis pernikahan wanita yang dijodohkan sehingga putus dengan bekas kekasihnya berlangsung pada 14 Julai lalu di Desa Tumbudadio, Tirawuta, Sulawesi Tenggara.
Menerusi video itu, seorang lelaki memakai baju batik hitam berjalan membawa sejambak bunga yang disembunyikan di belakang badannya, sebelum naik ke pelamin.
Dia dilihat ditemani rakan lelaki yang lain.
Melihat keadaan pengantin wanita yang terus menangis, ada ahli keluarga yang cuba menasihati supaya dia bertenang dan meneruskan majlis.
Pengantin wanita yang memakai gaun warna hijau muda itu terus menangis walaupun tetamu lain datang dan memberikan ucapan selamat.
Lelaki yang memberikan jambangan bunga itu dikenali sebagai Ebil, 19, berasal dari Kampung Poni-Poniki, Kecamatan Tirawuta.
Ebil mengaku datang ke majlis pernikahan bekas kekasihnya yang dikenali sebagai Siska, 17, kerana tidak ingin digelar pecundang (orang yang kalah) oleh temannya.
“Kalau tidak pergi nanti dipanggil pecundang,” kata Ebil mengakui hubungan cintanya dengan pengantin wanita berakhir secara tiba-tiba selepas kekasihnya itu dijodohkan dengan lelaki lain. HM
Pengantin menangis lihat bekas kekasih
Baca Artikel Menarik:
- Siti Nuramira dibebaskan JAWI
- Kenapa lambat hebah kehilangan Zalina? Ini penjelasan polis
- Isu ‘wartawan jadian’ tak boleh dipandang ringan
- Pelajar tingkatan satu ditahan kes amang seksual, cederakan budak 10 tahun
- Jenazah individu hina Islam haram disolatkan
- Agong, Permaisuri hadir majlis graduasi anakanda di UK
- Suami tak carum Perkeso isteri, boleh didenda RM10,000, penjara
- Hukuman penjara suri rumah curi milo ditangguh
- Ombak besar ‘sergah’ majlis perkahwinan, tetamu cabut lari
- Trend sebar agenda ‘New Malaysia’ makin membimbangkan – PDRM
- Les’ Copaque Kongsi Video Upin Ipin Menangis Bila Diejek Dengan Lagu ‘Kejam’ Di TikTok
- Tangan kiri anggota tentera hancur, dikisar rim motosikal
- Zalina mungkin memilih hidup low profile – Zakiah Anas/a>
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tukang Rumah Solat Tengah Panas, Pasangan Bukan Islam Terus Belikan Kanopi
You must be logged in to post a comment.