Lelaki samun remaja dalam lif apartment ditahan

Lelaki samun remaja dalam lif apartment ditahan

GOMBAK – Seorang lelaki ditahan selepas melakukan samun bersenjatakan pisau terhadap remaja lelaki dalam kejadian yang berlaku di dalam lif sebuah apartmen sekitar Desa Aman Puri, di sini pada 4 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, suspek yang merupakan lelaki tempatan itu ditahan sekitar pukul 8 malam pada Jumaat lalu.

“Hasil siasatan yang dijalankan mendapati suspek yang berusia 18 tahun itu terlibat dalam kes samun tersebut.

“Polis turut merampas sebuah telefon bimbit, senjata dan pakaian yang digunakan suspek ketika kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, suspek telah dituduh di Mahkamah Sesyen Selayang mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan hari ini.

Terdahulu, tular rakaman video di media sosial memaparkan suspek yang bersenjatakan sebilah pisau telah melakukan rompakan ke atas remaja berkenaan di dalam sebuah lif. K Online

Lelaki samun remaja dalam lif apartment ditahan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tangkapan ikan gergasi ‘oarfish’ cetus kepercayaan gempa dahsyat bakal menyusul

Ambulans terbalik dilanggar jururawat

PH silap besar bila iktiraf tuntutan Sulu – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker