Dakwaan Wanita Hafaz Al-Quran 15 Juzuk…Ridhuan Tee Kata Belum Tentu Sempurna Dan Faham Islam

Dakwaan Wanita Hafaz Al-Quran 15 Juzuk…Ridhuan Tee Kata Belum Tentu Sempurna Dan Faham Islam

PAKAR motivasi dan pendakwah, Prof Madya Dr Ridhuan Tee Abdullah menegaskan kebolehan seseorang menghafaz Al-Quran belum cukup menjadikan seseorang itu sempurna sebagai umat Islam.

Sebaliknya kata Ridhuan, menghafaz al-Quran dengan beramal dalam Islam adalah dua perkara berbeza manakala mempelajarinya belum cukup sekiranya tiada penghayatan.

“Saya harap pelawak, penyanyi atau sesiapa sahaja, hafaz al-Quran bukan tanda anda ahli syurga. Hafaz al-Quran bukan tanda faham Islam.

“Hafalan itu mestilah disertai dengan kefahaman dan penghayatan. Dalam Islam, paling penting adalah akidah dah akhlak.

“Disertai dengan kefahaman tauhid Rubbubiyyah (mengenali kebesaran Allah) dan tauhid Uluhiyyah (pengabdian kepada Allah). Belum ada jaminan yang hafaz al-Quran masuk syurga jika tidak disertai dengan iman, takwa kepada Allah,” katanya.

Ridhuan berkata demikian sebagai mengulas tindakan seorang wanita yang mengaku menghafaz 15 juzuk al-Quran ketika mengadakan persembahan komedi berdiri sebelum menanggalkan tudung dan pakaiannya

Dalam pada itu, Ridhuan berkata, menghafaz al-Quran juga bukan bererti seseorang itu boleh membaca dan menulis dalam tulisan jawi melainkan ia melibatkan pembelajaran, fahaman dan penghayatan.

“Belajar sahaja tidak mencukupi jika tiada penghayatan. Hafaz al-Quran tidak semestinya boleh berbahasa dan memahami bahasa Arab kerana ia melibatkan amalan atau penghayatan,” katanya.

Ridhuan turut menjelaskan sekiranya setiap umat Islam memahami agama sebaik-baiknya, maka tidak mungkin masih wujud beberapa negara Arab yang hidup dalam peperangan.

“Penduduk di negara Timur Tengah faham bahasa Arab, faham isi kandungan al-Quran sebab dalam bahasa itu. Malangnya, semua negara tidak juga maju malah berbunuhan sesama sendiri.

“Isunya adalah soal penghayatan meskipun hebat berbahasa Arab atau menghafaz al-Quran,” katanya.

Terdahulu, Siti Nuramira Abdullah membuat pengakuan tidak bersalah ketika hadir ke Mahkamah Sesyen Siber Kuala Lumpur pada Rabu lalu atas tuduhan menghina Islam.

Dia didakwa mengikut Seksyen 298A (1)(a) Kanun Keseksaan kerana menimbulkan kegusaran dan suasana tidak harmoni di atas alasan-alasan agama, di antara orang-orang yang menganut agama yang sama ketika membuat persembahan komedi berdiri di Crackhouse Comedy Club, Taman Tun Dr Ismail pada 4 Jun lalu.mSTAR

Dakwaan Wanita Hafaz Al-Quran 15 Juzuk…Ridhuan Tee Kata Belum Tentu Sempurna Dan Faham Islam

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tangkapan ikan gergasi ‘oarfish’ cetus kepercayaan gempa dahsyat bakal menyusul

Ambulans terbalik dilanggar jururawat

PH silap besar bila iktiraf tuntutan Sulu – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker