Keputusan mahkamah buktikan sedekah awam boleh pada pilihan raya – PAS

Keputusan mahkamah buktikan sedekah awam boleh pada pilihan raya – PAS

Seorang pemimpin PAS berkata keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan kemenangan Presiden PAS Hadi Awang di Marang membuktikan sedekah oleh pihak awam boleh diberi termasuk pada pilihan raya.

Setiausaha agungnya Takiyuddin Hassan berkata tiada halangan bagi mana-mana pihak dan dalam konteks di Marang, kerajaan Terengganu untuk memberi sumbangan di sebalik bantahan daripada lawan.



“Walaupun pihak sebelah sana mengatakan kerajaan negeri melanggar peraturan, namun mahkamah sahkan tidak ada halangan mana-mana pihak termasuk orang awam memberi sedekah pada pilihan raya.

“Bila-bila masa dibolehkan dalam Islam, selain dari segi undang-undang pun sahkan apa dikatakan presiden PAS (Hadi),” katanya ditemui selepas keputusan Mahkamah Persekutuan membabitkan rayuan petisyen pilihan raya terhadap Hadi.

Pada prosiding itu, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon Barisan Nasional (BN) untuk membatalkan kemenangan Hadi di parlimen Marang kerana didakwa merasuah pengundi dalam PRU15 lalu.

Panel tiga hakim dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan Abang Iskandar Abang Hashim berkata Jasmira Othman gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.



Pada 21 Jan lalu, Hadi dilaporkan berkata pemberian wang tunai sewaktu kempen pilihan raya tidak menyalahi peraturan kerana ia hanyalah sedekah kepada pengundi oleh orang awam.

Katanya peraturan sedia ada hanya melarang calon yang bertanding dan wakil mereka daripada memberi wang tunai kepada pengundi. FMT

Keputusan mahkamah buktikan sedekah awam boleh pada pilihan raya – PAS

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siti Nordiana guna bomoh dalam GV?

Mahathir jawab berdepan kenapa tak suka Khairy



Suhaimi Saad ditidurkan di ICU

Bogel di surau , pasangan dipenjara



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker