Ribut Melanda Perlis, 50 Rumah Alami Kerosakan

Ribut Melanda Perlis, 50 Rumah Alami Kerosakan

PADANG BESAR: Kira-kira 50 buah rumah mengalami kerosakan akibat kejadian ribut yang melanda seluruh Perlis pagi tadi.

Pegawai Penyelaras Zakat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Shuhaimi Nordin berkata sehingga petang ini, pihaknya menerima laporan 50 buah rumah mengalami kerosakan akibat ribut yang melanda Perlis bermula kira-kira 10 pagi tadi.

Beliau berkata bagaimanapun anggaran sebenar kerosakan dan rumah terlibat masih belum diketahui.

Katanya antara kawasan yang terjejas ialah Mata Ayer, Kampung Panggas Kechil, Kampung Lubok Besar, Kuala Perlis, Padang Pauh dan Lubuk Sireh.

Salah seorang mangsa Rosnah Daud, 74, berkata beliau reda dengan apa yang berlaku.

“Mak cik tidak mampu buat apa-apa namun reda dengan takdir Allah, namun rumah pusaka berusia 100 tahun menyimpan banyak kenangan,” katanya yang tinggal di Kampung Lubok Besar bersama seorang cucunya Muhammad Amir Ashraf, 15.

Ibu kepada tiga orang anak itu berkata ketika ketika kejadian beliau sedang mengoreng daging korban untuk makan tengah hari.

“Alhamdulillah nasib baik ketika ribut mak cik berada di dapur dan bahagian ruang tamu rumah yang roboh,” katanya.

Turut berkongsi pengalaman, Sitina Ali, 65, dari Kampung Panggas Kechil berkata beliau hanya menyedari bumbung rumahnya diterbangkan ribut setelah mendengar jeritan cucunya Nor Anati Umarah Muhamad Hairi, 17, yang ketika kejadian, berada di bilik.

“Masa kejadian kira-kira 11.30 pagi makcik sedang jemur kain di dapur, bila dengan jeritan cucu.. makcik terus ke bahagian hadapan bagi melihat keadaan beliau.. Alhamdulillah semua selamat,” katanya. BERNAMA

Ribut Melanda Perlis, 50 Rumah Alami Kerosakan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

 


Wanita Bangga Hafal Quran 15 Juzuk, Kemudian Buka Baju Separuh Bogel! Ini Komen Firdaus Wong [VIDEO]

Daging Lembu ‘King of Sado’ Diagih Manfaat Kepada 1,000 Asnaf [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker