Adira nafikan nampak benda tu, cuma jahitan baju

Adira nafikan nampak benda tu, cuma jahitan baju

Mengambil maklum dengan teguran segelintir warganet, penyanyi, Adira tidak pernah berniat untuk mengundang kontroversi dengan sengaja menyarung busana yang kelihatan seksi di bahagian dada.

Jelas Adira, jahitan di baju dengan material pvc itu sememangnya tidak boleh dielakkan dan dia juga mengharapkan agar segelintir warganet tidak melihat bahagian yang terbentuk dari sudut pandang negatif.



“Tengoklah benda lain, janganlah fikir bukan-bukan. Ini baju, ini jahitan baju. Materialnya ovc. Tetapi saya tak boleh buat apa, gambar pun sudah dimuat naik. Saya anggap ini sebagai satu kekhilafan yang tidak pernah disengajakan.

“Terima kasih kepada yang menegur. Kalau tak tular, tak ada yang kecam, saya tak akan tahu baju ini boleh mengundang pemikiran yang berbeza. Saya terima sahaja kecaman, kritikan asalkan tidak melampau.

“Cuma fikir logik, takkanlah saya akan sengaja tayang bahagian dada? Saya ini masih boleh fikir secara waras. Sekali lagi saya ingatkan, ini baju. Ini jahitan baju ya semua,” ujarnya kepada Utusan Malaysia.

Adira berkata demikian sebagai mengulas penularan gambarnya ketika membuat persembahan di minggu kelima Famili Duo musim ketiga yang menyaksikan dia bergandingan dengan kakaknya, Emma Suhaimi.



Dalam pada itu, Adira dan Emma tidak pernah menganggap kecaman sesuatu yang boleh menjatuhkan semangat juang serta keinginan mereka untuk merangkul kejuaraan program realiti tersebut.

“Kalau tak kebal, tak masuk bertanding tau. Cuma biasalah, sebagai manusia, ada bend ayang kita terlepas pandang. Tak sangka pula kan. Jangan risau, kita belajar daripada kesilapan. Positif sahaja.

“Ada juga cakap baju saya macam nun, takkanlah ya. Fesyen itu luas. Cuma tidak mengapa, saya terima dan terbuka. Saya sayang netizen semua!” ujarnya. Utusan

Adira nafikan nampak benda tu, cuma jahitan baju



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khaibar, Khaibar Ya Yahud, Jaysu Muhammad Saufa Ya’ud



Gambar lucah AI, Anna Jobling beri amaran

TMJ Tuju Kepada Ahli Politik Mana?



Ameera Khan dikritik tayang produk pro Israel

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker