TPM: Takiyuddin nafikan dakwaan Muhyiddin, bukan perjanjian tetapi MoA

 

“Saya adalah bekas menteri undang-undang, jadi semua yang berkaitan dokumen undang-undang saya akan diminta membuat berkenaannya, bukan kerana saya adalah Takiyuddin.

“Ia (isu TPM) bukan satu perjanjian, sebaliknya dipanggil sebagai memorandum perjanjian (MoA),” katanya menurut Berita Harian.



Semalam, media melaporkan Muhyiddin yang juga presiden Bersatu meminta Presiden PAS Abdul Hadi Awang merujuk kepada Takiyuddin yang didakwanya sebagai “draftman” atau individu bertanggungjawab menggubal draf mengenai kewujudan perjanjian antara Muhyiddin dan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkaitan jawatan timbalan perdana menteri.

Muhyiddin berkata, selain Takiyuddin saksi perjanjian itu ialah Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin dan Ketua Umno Ketereh Annuar Musa.

Beliau menjelaskan perkara itu selepas Hadi berkata tidak wujud perjanjian pelantikan timbalan perdana menteri dalam PN, namun beliau mengakui perkara itu dibincangkan antara PN dengan Ismail dan tiada keputusan dicapai.

Ditanya mengenai kewujudan MoA itu berada dalam pengetahuan Hadi, Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu bagaimanapun mengakui beliau sendiri tidak pasti sama ada Hadi tahu mengenainya.



“Tidak semua orang tahu mengenai ‘perjanjian’ (MoA) itu. Jadi kena tanya Tok Guru (Hadi) sendirilah dia tahu atau tidak sebab dia bukan orang yang tandatangan MoA berkenaan.

“Mungkin kenyataannya (Hadi) sebelum ini (tidak wujud perjanjian Muhyiddin-PM) adalah jawapannya secara spontan apabila ditanya yang mana dia mungkin tidak tahu,” katanya.

Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata, walaupun “perjanjian” yang dimaksudkan antara Muhyiddin dan Ismail itu secara terperinci ada menyebut mengenai jawatan timbalan perdana menteri, namun ia tidak mensyaratkan perlantikannya adalah diwajibkan memandangkan klausa mengenai timbalan perdana menteri tidak termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sebaliknya, kewujudan jawatan timbalan perdana menteri menerusi perdana menteri sebelum kerajaan ditadbir Ismail adalah melalui perkara dinamakan sebagai konvensyen iaitu suatu amalan yang tiada dalam perlembagaan.



Justeru, katanya pelantikan jawatan timbalan perdana menteri adalah atas budi bicara dan kehendak Agong.

“Jadi bila tiada dalam perlembagaan, maka terpulang kepada Agong sama ada hendak lantik TPM atau terpulang (sebaliknya). Jadi, tidak boleh kata wajib melantik TPM walaupun perdana menteri berhak atas hak prerogatifnya ingin melantik TPM jika beliau berasa memerlukannya,” katanya.

 

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

 


Wanita Bangga Hafal Quran 15 Juzuk, Kemudian Buka Baju Separuh Bogel! Ini Komen Firdaus Wong [VIDEO]



Daging Lembu ‘King of Sado’ Diagih Manfaat Kepada 1,000 Asnaf [VIDEO]

Insiden Wanita Hina Islam, Operasi Kelab Komedi Digantung Sementara

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker