Bayi berusia 47 hari terperangkap dalam kereta diselamatkan Bomba

Bayi perempuan berusia 47 hari terperangkap dalam kereta di Alor Merah, di sini, diselamatkan bomba pada Isnin. – Foto Bomba Alor Setar

 

ALOR SETAR – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar menyelamatkan seorang bayi perempuan berusia 47 hari yang terperangkap dalam sebuah kereta jenis Perodua Viva di kawasan Alor Merah, di sini, pada Isnin.

Ketua BBP Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba II, Ahmad Naufal Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira jam 2.21 petang.

Ahmad Naufal berkata, sepasukan anggota dari BBP Alor Setar diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Mohd Rusdi Lazim ke lokasi sebaik menerima laporan tentang kejadian.



“Susulan itu, anggota bomba bertindak membuka pintu kereta bagi mengeluarkan bayi perempuan yang terperangkap dalam kenderaan tersebut menggunakan peralatan khas.

“Anggota bomba berjaya mengeluarkan bayi perempuan itu dalam tempoh lima minit sebelum diserahkan kepada keluarganya,” katanya pada Isnin.

Beliau memaklumkan, operasi tamat sepenuhnya kira-kira jam 2.43 petang.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

 


Wanita Bangga Hafal Quran 15 Juzuk, Kemudian Buka Baju Separuh Bogel! Ini Komen Firdaus Wong [VIDEO]



Daging Lembu ‘King of Sado’ Diagih Manfaat Kepada 1,000 Asnaf [VIDEO]

Insiden Wanita Hina Islam, Operasi Kelab Komedi Digantung Sementara



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker