Teman Lelaki Suspek Wanita Hina Agama Ditahan Polis

Teman Lelaki Suspek Wanita Hina Agama Ditahan Polis

Kuala Lumpur: Teman lelaki kepada wanita yang disiasat kerana menghina agama Islam di kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), di sini ditahan polis, semalam.

Setiausaha Polis Malaysia (SUPM) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, lelaki berkenaan direman selama tiga hari sehingga 13 Julai ini bagi membantu siasatan.

“Tangkapan dilakukan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

“Bagi suspek wanita yang ditahan kelmarin, permohonan untuk menyambung reman akan dibuat memandangkan tempoh reman akan tamat esok,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kertas siasatan akan dirujuk ke pejabat peguam negara dengan cadangan pertuduhan.

Pada 8 Julai lalu, tular video 54 saat menunjukkan wanita di kelab komedi di TTDI mendakwa dirinya beragama Islam serta menghafal 15 juzuk al-Quran sebelum tiba-tiba menanggalkan baju kurung serta tudungnya hingga mendedahkan auratnya.-HM

Teman Lelaki Suspek Wanita Hina Agama Ditahan Polis

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

 


Wanita Bangga Hafal Quran 15 Juzuk, Kemudian Buka Baju Separuh Bogel! Ini Komen Firdaus Wong [VIDEO]

Daging Lembu ‘King of Sado’ Diagih Manfaat Kepada 1,000 Asnaf [VIDEO]

Insiden Wanita Hina Islam, Operasi Kelab Komedi Digantung Sementara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker