Lembu ‘Jantan’ Punyalah Manja Sehari Sebelum Dikorbankan..Aksi Pemuda Disondol Buat Netizen Sebak [VIDEO]

Lembu ‘Jantan’ Punyalah Manja Sehari Sebelum Dikorbankan..Aksi Pemuda Disondol Buat Netizen Sebak [VIDEO]

ADAT setiap pertemuan, pasti ada perpisahan.

Begitulah juga dengan kisah pemuda ini yang tidak dapat menahan kesedihan kerana terpaksa melepaskan lembu kesayangannya untuk dijadikan korban sempena Hari Raya Aidiladha pada tahun ini.

Video detik-detik terakhir di mana dia menghabiskan masa dengan haiwan tersebut sehari sebelum ia disembelih, nyata mengundang sebak netizen yang seolah-olah turut merasai kesedihan yang ditanggung pemuda berkenaan

Gelagat lembu jantan yang menyondol-nyondol belakang badan si tuan seperti mahu bermanja buat kali terakhir, cukup untuk membuatkan air mata sesiapa sahaja luruh.

Menurut Tuan Iskandar Tuan Ibrahim, terlalu banyak kenangan dirinya bersama lembu peliharaan yang diberi nama Jantan.

“Mulanya beli sepasang lembu waktu kedua-duanya masih kecil, tapi seekor kena curi… maka tinggallah Jantan ini sahaja.

“Sejak ia kecil, keluarga memang niat mahu korbankannya apabila cukup usianya. Dan sekarang, umurnya dah hampir tiga tahun, saiznya pun besar macam lembu sado… jadi tibalah waktu melepaskannya walau saya sedih.

VIDEO DIBAWAH:-

“Sehari sebelum hari raya dan sebelum ia disembelih, saya sempat lagi luangkan masa bersamanya. Salah satu video yang dimuat naik itu adalah video sehari sebelum ia jadi korban,” cerita pemuda berusia 19 tahun ini.

Senang disapa sebagai Iskandar, pemuda tersebut turut berkongsi kenangan manisnya bersama bersama Jantan sepanjang tiga tahun menjadi tuan kepada haiwan itu.

“Dulu saya tak berapa suka sangat… mungkin sebab ia tak kenal saya, jadi ia kurang dengar arahan. Lagi pula saya belajar di kolej matrikulasi, ibu yang banyak jaga.

“Tapi lama kelamaan apabila selalu habiskan masa bersamanya, ia dah mula kenal dan kami jadi rapat. Lebih-lebih lagi selepas saya tamat belajar sekarang dan duduk kampung.

“Saya petik jari saja ia dah cam dan datang… tak perlu panggil nama. Setiap hari, selepas habis bekerja sambilan, saya habiskan masa dengannya dan usahakan potong rumput seguni sebagai makanannya,” ujar pemuda yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan.

Menurut Iskandar, Jantan adalah lembu daripada baka biasa meskipun saiz badannya seperti menyamai lembu sado.

“Saya tak sampai hati nak sembelih… orang lain yang sembelih sebab bimbang tak tahan sebak. Sekarang ini pun susah nak move on apabila teringat balik kenangan dengan Jantan.

“Jantan ni faham emosi saya, tak susah nak jaganya. Ia tak memilih jenis rumput pun. Kadang tebas lalang pun ia makan. Hanya penat nak layan manjanya saja

“Tukang sembelih beritahu daging bersih sahaja seberat 105 kilogram, belum campur berat anggota lain,” ujar anak keenam daripada sembilan adik beradik ini.

Tidak menyangka videonya menjadi tular di TikTok, Iskandar berkata dia sekadar mahu mengabadikan momen bersama Jantan untuk tatapan di kemudian hari.

“Tak sangka pula viral sampai lebih 1.6 juta jumlah tontonan. Niat saya hanya nak simpan untuk kenangan sendiri.

“Tak sangka pula video itu menyentuh hati netizen. Ramai turut sedih tengok video waktu Jantan kecil hinggalah dah cukup umur untuk dikorbankan, video Jantan bermanja dengan saya.

“Ramai juga yang request nak tengok lagi video-video Jantan. Terima kasih saya ucapkan pada mereka yang cuba berikan kata-kata semangat seolah memahami apa yang saya rasa,” ujarnya lagi.- mSTAR

Lembu ‘Jantan’ Punyalah Manja Sehari Sebelum Dikorbankan..Aksi Pemuda Disondol Buat Netizen Sebak [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

 


Wanita Bangga Hafal Quran 15 Juzuk, Kemudian Buka Baju Separuh Bogel! Ini Komen Firdaus Wong [VIDEO]

Daging Lembu ‘King of Sado’ Diagih Manfaat Kepada 1,000 Asnaf [VIDEO]

Insiden Wanita Hina Islam, Operasi Kelab Komedi Digantung Sementara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker