Jemaah Haji Dibenar Bawa Pulang Air Zamzam 5 Liter Sahaja

Jemaah Haji Dibenar Bawa Pulang Air Zamzam 5 Liter Sahaja

JEDDAH – Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz (KAIA) membenarkan jemaah haji yang hendak pulang ke negara masing-masing untuk membawa air zamzam menaiki penerbangan, lapor akhbar Saudi Gazette semalam

Pengurusan lapangan terbang itu berkata, setiap  jemaah bagaimanapun hanya dibenarkan untuk membeli botol air zamzam 5 liter di mana-mana ruang jualan dalam bangunan KAIA.



Tambahnya, pihak berkuasa lapangan terbang telah memperuntukkan laluan daftar masuk berbeza bagi air zamzam selain penumpang tidak dibenarkan membawanya menggunakan bagasi daftar masuk seperti kebiasaan.

Dalam pada itu, KAIA berkata, dalam fasa akan datang, pihaknya bersiap sedia untuk menyiarkan mesej kesedaran dan pendidikan menerusi semua platform media supaya dapat disebarkan dalam kalangan jemaah di lokasi penginapan mereka.

Matlamat inisiatif tersebut adalah untuk menyampaikan maklumat kepada jemaah mengenai arahan diperlukan berkaitan dengan pengendalian dan penghantaran bagasi di lapangan terbang.

Kesemua maklumat akan diterbitakan menerusi surat khabar dan e-akhbar, platform media sosial serta pesanan ringkas. – Agensi

Jemaah Haji Dibenar Bawa Pulang Air Zamzam 5 Liter Sahaja



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

 


Wanita Bangga Hafal Quran 15 Juzuk, Kemudian Buka Baju Separuh Bogel! Ini Komen Firdaus Wong [VIDEO]



Daging Lembu ‘King of Sado’ Diagih Manfaat Kepada 1,000 Asnaf [VIDEO]

Insiden Wanita Hina Islam, Operasi Kelab Komedi Digantung Sementara



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker