Jangan Simpan ‘Sampah’ Dalam Rumah…Ada Cara Buang Barang Tak Guna Tanpa Rasa Bersalah

Jangan Simpan ‘Sampah’ Dalam Rumah…Ada Cara Buang Barang Tak Guna Tanpa Rasa Bersalah

MENDAPAT hadiah daripada orang istimewa pastinya membuatkan seseorang berasa sayang dengan pemberian yang diberikan.

Akan tetapi, seiring dengan waktu, pastinya barang-barang dalam simpanan bertambah dan menyebabkan rumah menjadi semak.



Tetapi kerana berpegang kepada kenangan, ramai yang enggan membuang barang-barang tersebut kerana berasa bersalah untuk berbuat demikian.

Life Storage melaporkan terdapat beberapa cara untuk membuang barang-barang yang mempunyai kenangan tanpa rasa bersalah.

1. Ketahui antara keperluan dan kehendak

Ada sesetengah orang yang tidak boleh membezakan antara keinginan dan kehendak. Namun jika seseorang masih mampu bernafas tanpa memiliki sesuatu barang dalam hidup mereka, itu bermakna barang tersebut adalah satu keinginan.

Daripada barang-barang pemberian yang penuh kenangan, nilaikan sama ada anda benar-benar memerlukannya atau pun tidak selain berfikir kembali punca anda terikat dengan sesuatu benda.



2. Pilih barang yang membuat anda bersyukur berbanding gembira

Memiliki barang-barang yang hanya diperlukan akan membuatkan seseorang lebih bersyukur. Apabila perkara ini ditanamkan dalam minda, seseorang tidak akan berasa bersalah kerana membuang barang tidak diperlukan atau benda yang disayangi.

3. Buang secara berperingkat

Jangan terus buang semua barang-barang dalam simpanan tetapi lakukan secara berperingkat agar kesan pada emosi tidak terlalu mendalam.

Cara itu juga boleh membuatkan seseorang lebih teliti dan berhati-hati ketika membuang barang-barang tidak diperlukan dan bukannya mengikut perasaan.



Selain daripada membuang, anda boleh mendermakan barang-barangan yang tidak diperlukan kepada golongan memerlukan sekiranya ia masih dalam keadaan baik.

Jangan Simpan ‘Sampah’ Dalam Rumah…Ada Cara Buang Barang Tak Guna Tanpa Rasa Bersalah

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



 


Wanita Bangga Hafal Quran 15 Juzuk, Kemudian Buka Baju Separuh Bogel! Ini Komen Firdaus Wong [VIDEO]

Daging Lembu ‘King of Sado’ Diagih Manfaat Kepada 1,000 Asnaf [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker