Rogol, liwat anak kandung, duda dipenjara, 22 sebatan

Rogol, liwat anak kandung, duda dipenjara, 22 sebatan

Seorang duda dijatuhi hukuman penjara 32 tahun dan 22 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu selepas didapati bersalah merogol dan meliwat anak kandungnya, tiga tahun lalu.

Hakim Nooriah Osman turut memerintahkan tertuduh berusia 50 tahun itu dijatuhi hukuman sebatan sebanyak 22 kali.

Tertuduh berpisah dengan ibu mangsa menghadapi dua pertuduhan memperkosa dan satu meliwat anak perempuannya berusia 15 tahun.

Berdasarkan pertuduhan pertama dan kedua, dia didakwa melakukan sumbang mahram terhadap mangsa pada 12 tengah hari, 14 Ogos 2019 dan 2 petang, 26 Nov tahun sama.

Bagi pertuduhan ketiga pula, tertuduh didakwa meliwat mangsa di lokasi dan masa sama pada 26 Nov 2019.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan dan Seksyen 377 (c) akta sama.

Nooriah memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara 16 tahun dan 10 sebatan bagi pertuduhan pertama dan kedua.

Bagi pertuduhan ketiga pula, beliau memerintahkan tertuduh dihukum penjara tujuh tahun dan dua sebatan.

Hukuman penjara bagi pertuduhan pertama dan kedua dilaksanakan secara berasingan manakala pertuduhan ketiga pula serentak bersama pertuduhan kedua.

Nooriah memerintahkan hukuman penjara tersebut bermula dari tarikh tangkapan, pada 2 Dis 2019.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin manakala tertuduh pula diwakili peguam, Mohd Hayyatuddin Muhamad. FMT

Rogol, liwat anak kandung, duda dipenjara, 22 sebatan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mat Kilau kutip RM39j dalam 10 hari

Bantuan Keluarga Malaysia mungkin dinaikkan – PM

Jada Pinkett Smith Akui Ketagih Melakukan Onani Berkali-kali Dalam Sehari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker