Bekalan Ayam Ada Mulai Pulih Tapi Pelanggan Pula Kurang

Bekalan Ayam Ada Mulai Pulih Tapi Pelanggan Pula Kurang

KOTA BHARU: Walaupun bekalan ayam di Kelantan mulai pulih, namun peniaga berdepan dengan kekurangan pelanggan yang menurun sehingga 70 peratus berbanding sebelum krisis ayam.

Seorang peniaga, Munsyi Mohamad Nuri, 33, berkata, keadaan jualan merosot berlaku sejak isu kekurangan bekalan ayam yang melanda negara bermula bulan lalu.



“Sekarang ini saya hanya dapat jual ayam sekitar 30 ekor pada setiap hari Sabtu hingga Ahad manakala antara 50 hingga 60 ekor sahaja pada hari Jumaat.

“Jumlah itu berkurangan daripada kebiasaan di mana sebelum ini kami dapat jual 100 ekor atau lebih pada hari Jumaat.

“Keadaan mungkin berlaku apabila orang ramai mula berjimat cermat dalam berbelanja kerana harga barangan yang semakin meningkat,” katanya ketika ditemui di Pasar Tok Guru, Pengkalan Chepa di sini.

“Jika menjelang tengah hari bekalan ayam masih banyak, saya akan telefon pemilik-pemilik kedai makan untuk menawarkan ayam kepada mereka bagi menghabiskan jualan,” katanya.



Seorang lagi peniaga, Mohamad Safuan Mohamad Zain, 34, berkata, jumlah pelanggan berkurangan walaupun bekalan ayam sudah lama pulih sejak tiga minggu lalu.

“Saya mendapatkan bekalan ayam dari Perak dan saiz ayam juga lebih besar berbanding sebelum ini, tetapi pembeli pula berkurangan,” katanya.

Mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu lalu mengambil keputusan untuk tidak mengapungkan harga ayam sebaliknya meneruskan subsidi dan menetapkan harga siling runcit ayam standard pada RM9.40 sekilogram bagi Semenanjung Malaysia mulai Jumaat lalu. –Sinar Harian

Bekalan Ayam Ada Mulai Pulih Tapi Pelanggan Pula Kurang



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Sarah saman Ira Kazar



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker