Ini peringatan Ku Li pada pemimpin UMNO

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menggesa pemimpin-pemimpin UMNO agar tidak saling menyerang antara satu sama lain.

Veteran UMNO itu berkata, tindakan sedemikian perlu dilakukan bagi mengelak serta memecah belahkan perpaduan parti terbesar orang Melayu itu.
Katanya, tindakan segelintir pemimpin yang ‘berkelahi’ sesama sendiri secara tidak langsung memberi kesan dalaman parti itu.

“Saya rasa UMNO tidak akan berpecah begitu dahsyat. Tinggal lagi, apa juga perbalahan antara pemimpin akan memberi kesan kepada perpaduan dalam parti.



“Kita sepatutnya bersatu dengan kuat menghadapi musuh menjelang pilihan raya umum tetapi kalau kita terus ‘berkelahi’ sesama kita atau berlainan pendapat kita akan menjadi lemah. Musuh kita akan ambil kesempatan untuk meracuni fikiran pengikut-pengikut masingp-masing,” kata Tengku Razaleigh.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu dalaman yang tercetus dalam kalangan pemimpin UMNO sejak kebelakangan ini.

Pada Isnin lalu, dalam sidang media susulan pemecatan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendakwa, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak berpuas hati dengan kedudukan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO sebagai Perdana Menteri kerana Ahli Parlimen Bagan Datuk itu bercita-cita untuk memiliki jawatan tersebut.

Katanya, taktik mengumpan Ismail Sabri dengan pencalonan ‘poster boy’ atau bakal Perdana Menteri UMNO-Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) didakwa Tajuddin sebagai sebahagian usaha Ahmad Zahid untuk menjadi Perdana Menteri segera.



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Sarah saman Ira Kazar



Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

UMNO bertindak betul gugurkan Tajuddin – Penganalisis



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker