Tuntutan TPM: Muhyiddin hanya fikir soal tembolok parti bukan rakyat

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki mengkritik tindakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendesak pelantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM), menteri dan timbalan menteri.

Menurutnya, desakan itu seharusnya tidak timbul apatah lagi rakyat berada dalam situasi sukar menghadapi kenaikan mendadak harga barang.

“Ini bukan masanya untuk menuntut jawatan TPM atau menambah lagi menteri baharu. Cukuplah jumlah yang ada sekarang dengan rekod jumlah menteri terbesar dalam sejarah Malaysia.

“Ini tidak termasuk pegawai-pegawai tinggi bertaraf menteri termasuk duta khas yang dilantik bagi memenuhi tuntutan pelbagai parti yang membentuk kerajaan campuran ketika ini,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Pada Sabtu, Muhyiddin berkata, telah membangkitkan perbincangan melibatkan lantikan TPM, menteri dan timbalan menteri dalam satu pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob beberapa hari lalu.

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi juga menegaskan, desakan itu juga tidak rasional ketika ini dalam keadaan kewangan kerajaan yang semakin menipis.

“Di kala rakyat tengah susah dan gelisah hadapi kenaikan harga barang yang mendadak naik, kantong kerajaan yang menipis, seharusnya tuntutan untuk menambah lagi jawatan menteri tidak harus timbul.

“Malah untuk menzahirkan solidariti bersama rakyat yang sedang kesempitan, elaun-elaun menteri, timbalan menteri, Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Duta Khas Bertaraf Menteri wajar dipotong,” katanya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Sarah saman Ira Kazar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

UMNO bertindak betul gugurkan Tajuddin – Penganalisis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker