Berjalan Sejauh 4,000 Batu Ke Mekah Undang Sebak Netizen (Video)

Berjalan Sejauh 4,000 Batu Ke Mekah Undang Sebak Netizen (Video)

Setiap orang yang bergelar Muslim pasti mengimpikan untuk mengerjakan ibadah haji di Mekah namun, kos yang agak tinggi seringkali menjadi salah satu halangan untuk mengerjakan rukun Islam kelima itu dalam waktu terdekat.

Berjalan sejauh 4,000 batu ke Mekah
Tular satu video di TikTok memaparkan seorang lelaki yang tiba di Mekah untuk menunaikan ibadah haji dengan hanya berjalan kaki.

Dapat dilihat lelaki tersebut mula menangis tanda syukur dan terharu selepas dia berjaya mengharungi perjalanan dengan hanya berjalan kaki untuk menjejakkan kakinya ke Tanah Suci.

Difahamkan juga, lelaki tersebut telah berjalan sejauh 4000 batu selama 11 bulan dari Wolverhampton untuk menunaikan ibadah haji di Mekah.

Mendapat perhatian rakyat Malaysia
Video yang tular itu turut mendapat perhatian netizen di Malaysia yang kagum dengan semangat ditunjukkan lelaki itu dan mendoakan agar urusan ibadah hajinya dipermudahkan.

Tinggi dan hebat sungguh semangat ditunjukkan lelaki berkenaan. Semoga dia mendapat haji yang mabrur, Aamiin. OM

Berjalan Sejauh 4,000 Batu Ke Mekah Undang Sebak Netizen (Video)


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Sarah saman Ira Kazar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

UMNO bertindak betul gugurkan Tajuddin – Penganalisis

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker