Spesis Ular Berkepala Dua Tidak Berbahaya

Spesis Ular Berkepala Dua Tidak Berbahaya

Cape Town: Penemuan spesies ular jarang jumpa berkepala dua yang ditemui di Afrika Selatan, meraih perhatian dunia.

NDTV melaporkan, pakar penyelamat ular, Nick Evans mengesahkan penemuan ular itu yang berasal dari spesies tidak berbahaya.

Katanya, ular itu kini dalam jagaan pakar selepas seorang lelaki menyerahkan haiwan yang ditemuinya di taman rumahnya di Ndwedwe, utara Durban.

“Lelaki berkenaan tidak mahu haiwan terbabit dicederakan sesiapa sebelum memasukkannya dalam botol dan meminta saya membawanya.

“Ia adalah penemuan aneh. Haiwan itu dianggarkan sepanjang 30 sentimeter dan masih muda.

Perkongsian yang tular itu mendapat perhatian ramai apabila netizen lega haiwan itu berada dalam keadaan selamat.

Menurut Newsweek, haiwan yang dilahirkan dengan dua atau lebih kepala mempunyai keadaan dipanggil polycephaly, yang lebih biasa ditemui pada reptilia berbanding mamalia.

Malah, kebiasaannya haiwan dengan keadaan seperti ini tidak selalunya dapat hidup lama dan bergantung kepada tahap di mana kedua-dua kepala terbabit terbelah.-HM

Spesis Ular Berkepala Dua Tidak Berbahaya

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Sarah saman Ira Kazar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker