Harga minyak masak botol melambung

SHAH ALAM – Beberapa pasar raya di sini mendapati kadar peningkatan itu melibatkan kesemua jenis minyak masak botol iaitu 1, 2, 3 dan 5 kilogram (kg).

Bagi minyak botol 5kg, peningkatan harga melibatkan pelbagai jenama termasuk Seri Murni yang naik kepada RM42.70 iaitu 44 peratus, diikuti Buruh, RM42.60 (43.5 peratus); Alif, RM42.50 (43 peratus); Vesawit, RM42.25 (42.5 peratus) dan Saji, RM42.20 (42 peratus).

Sementara itu, pek minyak masak botol pelbagai jenama bagi berat 2kg pula merekodkan kenaikan mencecah RM18.15 iaitu peningkatan sehingga 43 peratus berbanding harga siling sebelum ini, manakala botol 3kg pula merekodkan peningkatan sehingga 44 peratus.

Harga pek botol 1kg pelbagai jenama juga menunjukkan kenaikan harga jualan mencecah RM9.50 iaitu peningkatan kira-kira 42 peratus.

Bagaimanapun, tinjauan turut mendapati terdapat beberapa pasar raya masih menjual minyak masak botol pada harga siling terakhir ditetapkan kerajaan sebelum ini iaitu RM29.70 bagi berat 5kg, RM18.70 (3kg), RM12.70 (2kg) dan RM6.70 (1kg).

Difahamkan, harga yang ditawarkan itu adalah harga promosi dan pasar raya itu juga mengehadkan pembelian kepada dua botol minyak masak untuk setiap keluarga.

Sementara itu, seorang pengguna, Zaitul Amali Zakaria, 42, berkata, kenaikan melibatkan minyak masak botol itu sememangnya telah dijangkakan.

“Saya akui ia memang membebankan terutamanya untuk mereka yang berpendapatan rendah tetapi kena beli juga kerana minyak masak adalah barangan keperluan,” katanya yang bekerja sebagai pembantu tadika dan tinggal bersama suami, ibu mertua serta lima orang anaknya.

Dalam pada itu, pekerja pemotong daging, Azizul Mohd, 49, berkata, dia telah mula menggunakan minyak masak peket 1kg bagi menjimatkan perbelanjaan keluarga.

“Saya akan beli tiga peket seperti yang dihadkan oleh pasar raya dan biasanya tempoh penggunaan minyak masak tersebut akan tahan untuk dua minggu,” katanya.

Bagaimanapun, menurut Azizul, dia sering berdepan kesukaran untuk mendapatkan minyak masak peket 1kg yang dijual pada harga RM2.50 itu di pasar raya atau kedai-kedai runcit.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Sarah saman Ira Kazar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

UMNO bertindak betul gugurkan Tajuddin – Penganalisis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker